Wednesday, August 18, 2010

Mari tolak tahyul gila Umno - "Umno kalah, Melayu kalah"


Oleh Mohamad Sabu
Pandangan tahyul, 'Umno kalah Melayu kalah' harus dibuang jauh ke lautan luas kerana pandangan seumpama itu merupakan satu tafsiran mengarut dakwa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan sekiranya Umno kalah pasti masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun adalah tahyul gila buatan parti Melayu itu. 



Padahal, jika Umno kalah, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tapi berlainan pendekatan.

"Bila Umno kalah, PAS dan KeADILan pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni. Kita akan urus tadbir negara dengan lebih baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS 
di Dataran Komplek An-Nadhoh, Penanti.

Beliau bertanya, adakah PAS atau KeADILan bukan Melayu dan kenapa rakyat bila tidak menyokong Umno, Melayu boleh hilang atau mundur. Lihatlah di Singapura ujarnya, Melayu tidak menjadi pemerintahan pun kenapa negara tersebut lebih membangun dari Malaysia di segenap aspek. Umno sanggup mengertak supaya orang Melayu tidak mengundi PAS atau KeADILan yang digambarkan sebagai petualang bangsa kerana mengadai maruah kepada kaum lain.

"Sekarang ini, biarlah Umno dan Barisan Nasional (BN) nak gelarkan apa pun kita jangan peduli. Kita patut pandang ke depan dengan satu matlamat mendaki Putrajaya kerana jalan tersebut boleh menyelamatkan maruah negara yang sudah tercalar di mata dunia," tegasnya yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Rakyat wajar menilai kepimpinan PAS di Kelantan, Trengganu sebelum tewas pada Pilihan Raya ke-11 lalu dan terkini di Kedah. Apakah PAS gagal melaksanakan tanggungjawab mentadbir dengan baik? Tegas Mohd Sabu, memandangkan pemikiran politik masyarakat Malaysia terutamanya Cina dan India telah meningkat, ini membuatkan Umno macam 'cacing kepanasan' kerana sampai kini masih belum berjaya menembusi tembok Pakatan Rakyat atau sekurang-kurangnya menciptakan keretakan.

Kini dakwanya, Umno memainkan rentak yang sama iaitu isu Melayu untuk bersatu dengan PAS kerana bimbang DAP bersikap anti Melayu yang boleh mengundang parah seandainya Melayu tidak diselamatkan. Umno tegasnya, mempergunakan Mufti Perak untuk kepentingan politik sempit padahal peranan Mufti wajar menasihati tingkah laku kepimpinan Umno yang terlalu banyak penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menolak kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

"Mufti pun jadi kalut sekarang ini. Nak satukan PAS dan Umno. Saya dengar 'geli' bila sebut tentang kerjasama PAS dan Umno. Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa. Lupakanlah kerjasama itu kerana yang penting biar Umno karam manakala kita daki Putrajaya bersama parti dalam Pakatan Rakyat, " tegas beliau dengan nada tinggi. Berceramah sama pada majlis berkenaan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

No comments:

Search This Blog

Loading...