Sah dah nyanyuk. Memang sifat manusia atau makhluk ia akan kembali asal. Dari kanak kanak kita menjadi dewasa dan kuat.Kemudia kita akan kembali menjadi tua dan lemah. Tanda hampirnya kita ke penghujung kehidupan atau kematian. Kalau masa kecil banyak perkara yang kita buat, perkara yang sama biasanya berulang di penghujung kehidupan. Apatah lagi kalau dah sampai tahap nyanyuk kerana lamanya hidup.
Begitulah umNo! Mana ada kerajaan dalam dunia demokrasi terutama Negara maju bertahan lebih 50 tahun selain umNO.
Dari lemah suatu ketika kemudian menjadi kuat dan kini berada di penghujung usia. Segalanya serba tak kena… memang dah begitu perangai orang tua…makin sensitive.. malah kadang kala jadi ngada ngada… melainkan di usia mudanya penuh dengan ibadat dan ketaatan… ibadat itu akan membantu…
umNO dah sampai tahap terlalu tua. Ia dah mula menunjukkan tanda nyanyuk. Kini umNO ketandusan idea. Apa yang dibuat serba tak kena. Senjata keris lama dah berkarat dan bahaya kalau digunakan lagi. umNO kini dah mula menggunakan senjata lama yang tersimpan dalam sejarah. Senjata perkauman yang dah tak relevan dengan masa. Malah dah tak relevan dengan slogan Satu Malaysia sendiri.
Kenyataan Mahyudin mengingatkan bangsa melayu satu contoh ketara.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang. "Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," katanya.
Sebelum ini Shahrizat mengingatkan rakyat Kelantan kononnya ketinggalan dan tak maju. Kenyataan Muhyidin ini sangat kemelayuan . Apakah kenyataan itu satu perangkap politik buat melayu atau tanda percanggahan pendapat Muhyidin dengan Bos nya Satu Malaysia.
Apa yang jelas umNo sedang mengulang nostalgia kemenangan mereka dulu dulu. Mungkin umNo lupa bahawa isu perkauman sudah ketinggalan zaman. BTN yang menjadi juara asobiayah pun dah tak laku. Namun apa yang perlu diingatkan bahawa orang nyanyuk ni boleh buat perkara di luar dugaan…. Bersedia Pakatan Rakyat menghadapi amukan orang nyanyuk????
No comments:
Post a Comment