Monday, July 5, 2010

Polis dah jadi ketua cawangan Umno - Anwar


(Harakahdaily) - Pihak polis sudah menjadi seperti ketua cawangan Umno apabila pantas menyiasat isu tajaan terhadap Raja Petra Kamaruddin berbanding pendedahan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu berkata, pihak berkuasa sepatutnya menyiasat terlebih dahulu dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan seperti yang didedahkan Pakatan Rakyat berbanding isu tajaan tersebut.

"Respons polis banyak terhadap kenyataan politik. Pasal politik dia cepat, dia dah jadi macam ketua cawangan Umno,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pemimpin Umno bahawa pengendali laman web Malaysia Today itu ke United Kingdom atas tajaan PKR.

Ianya ekoran penyiaran gambar Raja Petra bersama seorang ahli Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

"Raja Petra jawab, dia sedang cari dana untuk Pakatan rakyat.

"Polis patut siasat dana negara yang sudah hilang banyak akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa kerajaan mempunyai bukti Raja Petra dibiayai PKR.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam pula memberitahu menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

1 comment:

azman kamarul said...

Siasatlah polis oiiiiii......pergilah ke London dan cari RPK siasatlah semahu-mahunya jangan berkokok dalam reban sendiri saja.

Boss kamu dah beri green light kat pekan baru-baru ni...apalagi kejarlah "buruan " kamu semua....jangan lupa sprm.....

Embrassing....macam umno bayar gaji dan elaun kamu.....bacul!...dah tak kenal lagi yang hak dan yang bathil demi sesuap nasi.....

Search This Blog