Thursday, July 29, 2010

Skandal PKFZ: Ling Liong Sik didakwa menipu


Bekas menteri pengangkutan  Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah sebentar tadi dengan ditemani oleh isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.
Ling didakwa menipu kerajaan dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.
Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.
Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.
Dua y
ang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.
Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Adalah dipercayai dakwaan itu mungkin berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian berbilion ringgit.

No comments:

Search This Blog