Tuesday, July 27, 2010

AKHIRNYA HARUSSANI MENGAKU MENIPU...

 angkasanuri
Saya sebenarnya tidak tergamak untuk menggunakan tajuk ini. Tetapi saya tercari-cari apakah tajuk yang lebih sesuai selain daripada tajuk ini.Tidak ada tajuk dan istilah yang lebih sesuai.Sebelum ini akhbar pengampu dan penipu milik Umno menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa beliau mengadakan perjumpaan dengan seorang pemimpin Pas untuk membincangkan kerajaan perpaduan Pas-Umno.Begitu bermati-matian sekali beliau mempertahankan kenyataan tentang wujudnya perbincangan dengan pemimpin Pas itu isu kerjasama dan kerajaan Perpaduan Pas-Umno.


Apabila terdapat banyak blog dan portal mempertikaikan kenyataan beliau, Harussani berkata " Saya ni mufti tak kan nak menipu..."

Hari ini segala dakwaan blog dan portal terbukti benar apabila Harussani yang cukup tertekan dan terdesak akhirnya mengaku bahawa perjumpaan dengan pemimpin Pas ( Dato Hassan Ali) tidak menyentuh langsung isu kerajaan perpaduan Pas- Umno. Tidak ada perbincangan politik, hanya isu perpaduan orang Melayu.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,”.

Ternyata Harussani telah merendahkan martabat dan jawatan mufti yang disandangnya. Kenyataanya amat malang dan memalukan khasnya kepada rakyat Perak dan umat Islam di Malaysia ini amnya.

Perbuataan menipu dan bercakap bohong amat ditegah dalam Islam, lebih-lebih lagi seorang yang bergelar mufti. Maka amat wajar Harussani memohon maaf secara terbuka serta secara lebih terhormat meletak jawatan sebagai mufti daripada berterusan memburukkan imej Islam di mata umum.

3 comments:

Yong said...

Harussani selamatkan kerjaya politik Hassan Ali dalam PAS. Tapi Yong tetap tak percaya keduanya. Kata omputih: The damage has been done.

Anonymous said...

Yong, bukan gitu.. saya rasa memang Harunsani ambil kesempatan dalam pertemuan itu untuk survival umno sebab dia orang tengah umno. Kalau dia jumpa Nik Aziz tentu kena sekeh oleh Nik Aziz sebab orang tua itu memang tak boleh dipujuk-pujuk. Dia cakap umno sesat dan perlu kembali kpd Islam. Jadi dia gunakan Hasan Ali yang bukan ulama dan pernah ada ura-ura nak pakat kerjasama dgn umno. Selepas dia kena warning, tentu Hasan Ali tak berani nak buat hal lagi. aya hairan kenapa mufti itu jadi barua umno dan meninggalkan tugas dia sebenarnya. Lebih sudu dari kuah. Sepatutnya dia gi jumpa Najib dan tok Mudin tu untuk saran mengislamisasikan perlembagaan umno. Nik Aziz pernah kata kalau UMNO tukar dasar jam 12.00 tgh malam maka 12.03 minit, Pas bubar. Cukup jelas!!! inilah yang mufti pro umno itu tak faham-faham. baik suruh dia pencen segera dan belajar ngaji pondok.

Daftar syarikat said...

Salam,

Amat bersetuju dengan Yong.

Search This Blog