Tuesday, July 27, 2010

muhyiddin dah jadi SPR

muhyiddin tak faham bidang kuasa SPR. atau beliau nak tambahkan kuasa yang ada pada SPR. seperti mana yang berlaku di perak dan kedah. sepatutnya tugas SPR adalah menjalankan pilihanraya apabila PM dengan perkenan DYMM Yang Dipertuan Agung membubarkan parlimen atau apabila MB atau KM dengan perkenan Sultan-Sultan atau TYT membubarkan DUN. atau apabila speaker mengatakan ada kekosongan berlaku samada di parlimen atau DUN.


bukan kuasa SPR untuk membuat keputusan samada pilihanraya boleh diadakan atau tidak. apakah apabila MB atau KM dengan perkenan Sultan atau TYT negeri-negeri di bawah kerajaan Pakatan rakyat membubarkan DUN untuk mengadakan pilihanraya negeri, SPR boleh mengatakan bahawa pilihanraya tidak boleh diadakan? apakah SPR mempunyai kuasa untuk mengarahkan kerajaan pakatan untuk membubarkan DUN masing-masing apabila PM membubarkan parlimen. apakah kuasa SPR mengatasi kuasa yang ada pada sultan-sultan atau TYT.

kenapa muhyiddin yang menjawab bagi pihak SPR berhubung kenyataan Fuziah Salleh bahawa kerajaan pakatan tidak akan membubarkan DUN jika parlimen dibubarkan dalam masa terdekat. apakah tujuan muhyiddin adalah untuk mempengaruhi SPR. atau memang jenis muhyiddin yang suka jaga tepi kain orang. walaupun tak tahu samada kenyataannya itu betul atau tidak tapi oleh kerana beliau adalah TPM maka nak kata apa pun boleh. mungkin kerana kenyataannya itu tak betul, sebab itulah sampai hari ini SPR nak buat kenyataan pun pening.

No comments:

Search This Blog