Tuesday, July 13, 2010

Sebenarnya Melayu Tanjung Tokong Kena Main Dengan Umno


Tanah kampung Melayu milik individu

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa untuk meroboh perkampungan Melayu di negeri itu kerana banyak tanah perkampungan Melayu adalah milik individu dan bukan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak boleh campur tangan, jika pemilik tanah persendirian mahu memajukan tanah mereka.

Bagaimanapun katanya, jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah. Kerajaan negeri pernah menghalang Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) meroboh perkampungan orang Melayu di Tanjung Tokong.

“Tetapi kerana UDA nak majukan dengan projek kondominium, orang Melayu terpaksa keluar kerana tidak mampu membeli unit-unit kondominium tersebut," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Lim menjelaskan, “kerajaan negeri boleh halang UDA kerana sebahagian tanah di situ milik kerajaan negeri. Tetapi saya nak tanya yang nak ambil tanah itu kerajaan negeri atau UDA kerana UDA adalah sebuah agensi milik kerajaan pusat,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri sedang membangunkan tapak tanah perkampungan Melayu di negeri itu dengan tujuan supaya orang Melayu keluar dari kampung mereka.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Umno dan Gerakan perlu membuktikan dakwaan bahawa kerajaan negeri sengaja mahu memusnahkan perkampungan Melayu.

"Ini wayang sahaja, ini kenyataan politik untuk kepentingan politik sendiri,” sindir beliau.

3 comments:

Anonymous said...

kah kah kah

malu bangsa aku kena tegur ngan cina.ni UMNgok punca keje la.sikit main isu perkauman.siput tul la...

Amuraria said...

BARUA-BARUA UMNO@UMCO LAH DENGAN PECACAI UDA MELINGKOPKAN TANJUNG TOKONG ! ADAKA FLAT DUA BILIK PUNYA KECIK BAGI MELAYU MANGKUK KENA PEBODOH DUDUK ! MASUK-MASUK FLAT JUMPA JAMBAN ! INILAH YANG UMNOI BANTU MELAYU SEKONGKOL DENGAN UDA JADIKAN 'MALAY GHETTO'! SEMUA PROJEK INI HANYA UNTUK KRONI UMNOI DENGAN UDA JADI PECACAI @BALACI DI CUCUK HIDUNG ! LAHANAT PUNYA UMNOI TG TOKONG NAK BANTU MELAYU KONON ! BANTU TEMBOLOK,PERUT ,BAWAH PERUT & KRONI UMNOI @ UMCO ADALA, TAPI KUTUK KONON PR NAK HAPUS HAK MELAYU ! PEEERAHHH DEY BARUA UMNOI !

Rais Al Attas said...

Mana wang MAIPP untuk memajukan umat Islam

Search This Blog