Wednesday, July 14, 2010

SETIAP KALI TERSEPIT DAN TERDESAK UMNO AKAN AJAK PAS BERUNDING DAN BERDAMAI

Selepas pilihanraya umum ke 12 seingat saya sudah acap kali benar Umno mengajak Pas untuk berunding duduk semeja kononnya atas nama perpaduan Melayu. Walhal sebelum ini, Umno begitu angkuh dan sombong apabila mendapat kemenangan dan majoriti besar dalam pilihanraya.

Sebelum ini tidak terpacul pun idea perpaduan atas nama semangat Melayu daripada mulut pemimpin-pemimpin Umno.

Terkini Timbalan Presiden Umno cuba mengumpan Pas sekali lagi untuk berunding atas nama muafakat dan perpaduan Melayu. Cuma nak beritahu pada pemimpin Umno, kalau hendak memancing gunalah umpan segar, jangan guna umpan yang telah basi dan membusuk.

Bagi saya cukuplah sebelum ini isu Kerajaan Perpaduan menimbulkan 'ribut dalam cawan' seketika dalam Pas. Isu itu satu cubaan untuk memerangkap Pas agar terjebak dengan mainan politik kotor Umno.

Pemimpin Pas pastinya tidak akan lupa layanan 'baik' Umno apabila Pas sebelum ini menunjukkan sikap terbuka untuk berunding dan membuat kerjasama dengan Umno. Sekarang bukan waktu dan ketikanya untuk berunding tentang isu muafakat Pas dan Umno. Taktik ini sebenarnya satu perang saraf untuk menggugat perpaduan dan kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat. Semua ini hanya strategi politik Umno untuk mendapat undi Melayu kerana menyedari Umno semakin sukar untuk memulihkan sokongan pengundi Cina dan India kepada mereka. Malah sokongan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak juga kini semakin tergugat dan terancam.

Jika Umno hendak berunding dengan Pas tunggulah selepas pilihanraya umum ke 13 nanti. Ini menunjukkan Pas tidak menutup terus pintu dengan Umno. Syaratnya mudah seperti menurut kata Mursyidul Am Pas Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Umno kena ubah dasar dahulu. Dari sekular kepada Islam. Hentikan segala skandal, pembaziran, salah guna kuasa,penyelewengan serta penindasan kepada rakyat.

Syaratnya cukup mudah, Pas tidak pernah meminta jambatan emas dari Pejabat Pas Pusat ke PWTC. Pas juga tidak pernah meminta hati atau darah pemimpin Umno seperti riwaayat Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Maka jika syarat yang mudah ini dapat dipenuhi maka pintu rundingan sentiasa terbuka sesuai dengan dasar perjuangan Pas yang meletakkan Islam sebagai panduan dan rujukan tertinggi dalam pelembagaan parti.

1 comment:

azman kamarul said...

Pagi ini di dalam siaran berita 7.00 pagi di radio , timbalan presiden umno begitu lunak mengajak PAS duduk bersama iaitu dalam kata lain..nak berselingkuh dengan PAS pulak dah.

umno dan pimpinannya meamg tiada maruah dan harga diri, begitu juga pencacai umno seperti Effendi,ketua jasa...semuanya haprak mangkuk ayun.

Jangan sesekali berselingkuh dengan umno.....busuk,jijik.

Search This Blog