Wednesday, June 2, 2010

Serangan Israel : Najib Diberi 48 Jam

Seluruh rakyat Malaysia kecewa terhadap sikap Perdana Menteri, Najib Razak yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan oleh regim Israel tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang menganggap kerajaan terlalu lembap dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanum laut regim Israel," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada erapakatan.com.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kelembapan Najib dilihat seperti menunggu apa nasihat daripada APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejaskan kerja APCO yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amarika terhadap kerajaan malaysia.

Menurut Mahfuz, tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan 'pak turut' dasar luar kerajaan kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakkan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang begitu mesra Amerika / Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas beliau.

Beliau sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia menuntut kerajaan Malaysia menunaikan beberapa tuntutan.

Pertama beliau memberikan tempoh 48 jam untuk Najib segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan tersebut.

Dalam tempoh 48 jam juga kerajaan perlu menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amarika.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara 'haram' Israel.

No comments:

Search This Blog