hari ini khutbah jumaat di masjid tempat ana meminta seluruh jemaah supaya patuh dan setia kepada yang dipertuan agung, raja-raja dan pemimpin.memberi taat setia yang tidak berbelah bagi dan tanpa soal selagi tidak ada perintah atau perkara yang bercanggah dengan al-quran dan hadis.
dan pemimpin merupakan salah satu golongan yang berada di bawah perlindungan atau arash allah selagi mereka menjadi pemimpin yang beriman dan bertakwa kepada allah. didalam konteks negara kita yang dipertuan agung merupakan ketua agama islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja dan bagi negeri yang mempunyai raja maka raja itulah yang menjadi ketua agama. dan sebagai ketua agama maka segala permasalah yang melibatkan agama islam perlulah dirujuk kepada mereka.dan mereka juga sepatutnya menentukan apakah islam itu dilaksanakan. dan bagi setiap negeri untuk memastikan raja mendapat khidmat nasihat berkaitan dengan islam apabila diperlukan jawatan mufti diwujudkan.
diatas kertas nampak semuanya boleh berjalan seperti yang sepatutnya. tapi apakah perkara yang perlu ada pada orang yang mengaku beriman dan bertakwa kepada allah telah dilaksanakan? apakah apabila allah mengharamkan arak dan judi ianya benar-benar diharamkan. apakah apabila ada orang yang mengaku telah minum arak, telah dihukum dengan hukuman yang sepatutnya.
satu persoalan lagi yang timbul adalah apakah kita mesti patuh pada pemimpin yang tidak memimpin berlandaskan perintah-perintah yang ditetapkan oleh allah. apakah kita patut memberi ketaatan kepada ketua yang tidak menjalankan tanggungjawabnya terhadap agama. mungkin mufti perak boleh memberi penjelasan.
mungkin ramai yang telah lupa pada lesen judi bola yang baru diluluskan oleh kerajaan gara-gara serangan yahudi terhadap konvoi bantuan gaza. dimana ketua atau pemimpin agama semasa lesen ini diluluskan. kenapa kita berani melawan perintah allah yang telah mengharamkan judi. apakah kita juga berani melawan perintah yang dikeluarkan oleh ketua ditempat kerja kita? tidak takutkah kita pada kemurkaan allah. tidak takutkah kita pada bala allah. belum cukupkah bala tsunami untuk menjadi pengajaran kepada kita?
No comments:
Post a Comment