Menurut sumber yang rapat dengan beliau memberitahu bahawa wakil rakyat BN itu kini sedang berada di Pejabat Majlis Daerah Padang Terap menghadiri satu majlis yang diadakan di sana.
Difahamkan di samping beliau turut disertai oleh para penyokongnya yang lengkap dengan pakaian 'Kedah Sejahtera' yang sering dipakai oleh penyokong-penyokong PAS negeri ini.
Tidak dapat dipastikan samada beliau akan membuat pengumuman selepas majlis tersebut. Sementara itu difahamkan juga sehingga kini belum ada pemimpin tertinggi UMNO peringkat negeri mahupun di peringkat pusat yang dapat menghubungi beliau.
1 comment:
Salam,
Peristiwa bagaimana adun BN masuk keadilan dan keluar balik diPerak menjadi iktibar. Selepas itu jatuhlah Perak,suka bawa duka. Kekalutan Kedah di lihat serupa sahaja.
Post a Comment