Jika apa yang Datuk Nasir Safar lontarkan itu disebut oleh pimpinan Pakatan Rakyat, pasti mereka sudah dipenjarakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Tegasnya, PAS tetap menolak ISA dan Akta Hasutan dan mahu Nasir didakwa segera di mahkamah. Katanya, jika para blogger yang menghina institusi Beraja di negara ini boleh dibicarakan, maka Nasir juga berhak untuk menerima tindakan yang serupa walaupun beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri. PAS juga, katanya bertegas mendesak pihak polis melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap Nasir yang terang-terangan menghina kaum India dan Cina di negara ini. Tambahnya, PAS sesekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan hak mana-mana kaum yang sah taraf sebagai warganegara ini. Katanya, selagi Umno, MIC dan MCA masih wujud, isu perkauman akan sentiasa menjadi bahan pertikaian. “PAS melihat tindakan Nasir ini sebagai natijah penglibatannya yang sekian lama bergelumang dengan parti perkauman Umno. “Nasir perlu dibicarakan kerana jelas pandangannya itu telah menghina intitusi Perlembagaan negara ini yang menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira kaum,” katanya. Tambahnya, walaupun Nasir menafikan itu pendirian Perdana Menteri, namun jelas Perdana Menteri telah gagal untuk mengajar pegawainya untuk memahami gagasan 1 Malaysia yang dicanangkannya. Menurutnya, jika pegawai yang rapat dengan Najib boleh menganggap gagasan itu sebagai remeh, bagaimana rakyat mahu percaya keikhlasannya terhadap dasar berkenaan. |
Wednesday, February 3, 2010
Jika pemimpin PR cakap macam Nasir, pasti kena ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment