Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman Speaker DUN Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya R Ganesan yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.
Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.
Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.
"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.
Hakim Azahar berkata, pada fikirannya, tidak ada sebarang keraguan yang Sivakumar telah dilucutkan daripada jawatan Speaker dengan satu resolusi dan satu lagi resolusi telah diluluskan untuk melantik Ganesan sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu.
Beliau menambah, tindakan mempersoalkan kesahihan pelucutan Sivakumar adalah mempersoalkan resolusi DUN.
"Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 May tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.
Rakyat Negeri Perak menuntut penjelasan dua kedudukan yang bertentangan ini.
Mahkamah Persekutuan 16 April lalu telah bertindak sebaliknya apabila membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker yang sah ketika itu, V. Sivakumar terhadap Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir. Doctrin separation of power (doktin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan".
Manakala keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan sehari selepas itu Mahkamah Rayuan telah mensucikan. Ini mewujudkan persepsi bahawa Menteri Besar yang ada pada hari ini Dr Zambry adalah haram yang dipilih Mahkamah.
Biarpun ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan tidakkah keputusan mahkamah sebelum ini boleh menyebabkan persidangan DUN Perak telah menghadapi kecelaruan oleh mereka di mahkamah.
Menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri"
Pakatan Rakyat memilih untuk menerima cadangan bubarkan DUN walaupun dari sudut majoriti dan perundangan, mereka masih boleh memegang tampuk pemerintahan Perak sekiranya tiada campurtangan tangan ghaib daripada mahkamah.
No comments:
Post a Comment