BEAUFORT 30 Julai: Timbalan Menteri Kabinet,
Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan ‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam.
Pada
pelancaran Pakatan Perubahan Sabah di rumahnya di Beaufort malam tadi,
beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki
kapal baru.
“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.
Turut hadir ialah Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Thamrin Jaini; bekas menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.