Tuesday, July 31, 2012

Malam Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan

Pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan kita digalakkan ber 'iktikaf di masjid supaya mendapat malam Lailatul-Qadar.
Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemui pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga bulan Ramadan.
Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa? Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke 29.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke 21.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke 27.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke 25.
Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke 23.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini
Lihat jadual dibawah
No
Awal bulan hari
Lailatul-Qadar pada malam
1
Ahad
29
2
Isnin
21
3
Selasa
27
4
Rabu
29
5
Khamis
25
6
Jumat
27
7
Sabtu
23
Seorang yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Martabat yang paling tinggi menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti solat sunat, membaca Al-Quran dan berdo’a.
Martabat pertengahan menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan menghidup separuh malam dengan pelbagai ibadat.
Martabat yang paling rendah menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan solat Isyak berjamaah, dan azam hendak solat Subuh berjamaah.
Fadhilat malam Lailatul-Qadar tidak tertentu pada mereka yamg mengetahuinya tetapi hasil fadhilat malam Lailatul-Qadar bagi mereka yang menghidupkannya walaupun mereka itu tidak mengetahui malam itu malam Lailatul-Qadar.

No comments:

Search This Blog