Friday, November 13, 2009

Nasib kerusi Kota Siputeh diketahui Isnin

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Isnin ini untuk memutuskan sama ada pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar oleh peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail yang memohon semakan semula kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai Ahli DUN.

Abdul Isa mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi seorang ADUN berikutan kegagalannya untuk menghadiri dua sidang DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini dan kerusi berkenaan adalah kosong.

Wednesday, November 11, 2009

buang masa dengan masalah sendiri

sedar atau tidak, bn terutamanya umno sedang bertungkus lumus untuk melemahkan pakatan rakyat terutamanya PAS. saban hari media masa memutarkan berbagai isu hingga membuatkan pemimpin PAS membuang masa untuk menjawab persoalan tersebut.

isu kerajaan perpaduan, walau TG nik aziz berkali-kali memutuskan bahawa tidak akan duduk semeja dengan umno untuk berbincang berkenaan isu itu, namun masih ada pemimpin PAS yang cuba untuk menghidupkan semula isu ini apabila media membangkitkan semula isu itu. sehingga terpaksa diadakan seminar khas.

PAS selangor juga menjadi bahan utama media dengan dua pemimpin hassan ali dan khalid samad menjadi berita utama. semua isu ini menyebabkan PAS terpaksa memberi tumpuan untuk menangkis tuduhan dan masalah yang dibangkitkan media.

terbaru isu bai'ah. riuh rendah jadinya orang berbahas isu ini. media berjaya mencipta satu isu yang membuat semua orang memberi tumpuan. hingga melupakan isu-isu yang lebih besar seperti PKFZ, VK LINGAM, UNDI POS, JAMBATAN POS DIPANG, LAPORAN AUDIT NEGARA. sepatutnya pemimpin-pemimpin pakatan memberikan tumpuan untuk menghidupkan isu-isu ini dan cuba mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan untuk membongkar apa-apa penyelewengan yang berlaku. ini tidak, masa mereka banyak dihabiskan untuk isu-isu dalaman yang tidak memberi manafaat kepada rakyat.

pemimpin pakatan sepatutnya kena buat apa yang dibuat oleh BN. cari isu dan biar mereka pula sibuk untuk menjawab. baru rakyat buka mata dan tahu apa yang di buat oleh kerajaan mereka.
bukannya menghabiskan masa untuk masalah dalaman parti dan juga masalah individu. ini akan membuat rakyat muak. dan inilah yang cuba dilakukan oleh BN.

pemimpin PAS pula kalau rasa diri mereka yang menjadi punca segala isu dalaman parti, letak lah jawatan. kalau benar anda berjuang kerana allah dan bukan kerana kebendaan, tentu tiada masalah untuk berundur. demi sebuah perjuangan tak salah untuk berbuat demikian.

pemimpin PAS juga kena belajar untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang kemudiannya memberi masalah pada parti. kalau nak buat kenyataan yang melibatkan dasar parti, bawalah berbincang dulu. jangan pandai-pandai buat kenyataan lepas itu beri masalah pada orang lain untuk menjawabnya. melainkan memang niat atau tugas dia untuk membuat masalah bagi parti. mungkin telah dilantik sebagai agen untuk memusnahkan parti dari dalam.

penyokong dan ahli pula, jangan lah memilih pemimpin yang kita dah tahu akan beri masalah pada perjuangan. banyak lagi pemimpin yang berkelayakan. janganlah asyik-asyik orang itu yang dipilih. beri peluang pada orang lain pula. baru akan ada perubahan pada parti.

Tuesday, November 10, 2009

SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

PAS Diambang Kejatuhan

Pada pandangan saya, hak-hak rakyat marhaen sewajarnya tidak diambil mudah dan dikhianati oleh pemerintah.

Bertitik tolak dengan kepentingan rakyat maka saya memfokuskan agenda pengubahan minda masyarakat dengan membawa wadah PAS dan Keadilan dalam setiap artikel yang saya tuliskan dengan tidak melupakan perjuangan yang diterajui oleh DAP.

PAS pada era awal 1998 memang berpotensi menjadi satu parti yang kuat menjuarai hak rakyat marhaen terutamanya orang Melayu. Walaupun dalam banyak keadaan ada sedikit pergeseran dengan DAP namun PAS berjaya menaikkan imej dan taraf mereka. Pergeseran dengan DAP sejak dulu pada pandangan saya adalah disebabkan oleh beberapa watak-watak yang dikenalpasti sebenarnya adalah agen UMNO dan Barisan Nasional.

Walaupun begitu PAS pada waktu itu agak kuat dan persepsi rakyat kepadanya adalah amat baik. Dari sehari ke sehari terlalu banyak perubahan dan peningkatan yang telah dibuat oleh PAS lantaran kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sehinggalah pada sekarang ini berlegar di Pakatan Rakyat. Namun tidak dapat kita sangkal bahawa selama itu jugalah agen UMNO dan Barisan Nasional yang berada didalam PAS telah beranak pinak, membiak dan subur sehinggakan mendapat sokongan yang agak kuat yang membolehkan ramai dikalangan mereka ini memegang jawatan yang besar didalam PAS.

Sekarang ini, merekalah yang menentukan hala tuju PAS (ini amat menakutkan) dan merekalah juga yang sebenarnya tidak mahu untuk menerima kritikan untuk perubahan kerana jika perubahan berlaku maka merekalah yang pasti akan tersingkir dari PAS. Dari apa yang saya nampak, PAS sedang berada diambang kejatuhan yang maha besar yang pastinya tidak mampu untuk ditanggung oleh PAS keseluruhannya.

PAS tidak wajar bertindak dan beroperasi sama seperti UMNO namun dari persepsi rakyat marhaen sekarang ini, dilihat PAS adalah sama seperti UMNO. Para pimpinan PAS nampaknya telah ada yang berani melanggar perlembagaan parti malah telah juga belajar bagaimana untuk menipu (membohongi ahli parti dan rakyat marhaen). Isu bersekongkol dengan UMNO sewajarnya ditolak dengan muktamad namun masih ada pimpinan PAS yang nampaknya lebih suka bersekongkol dengan UMNO seperti yang ditunjukkan oleh Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa.

PRU13 pastinya akan menjadi medan pertempuran yang akan menyebabkan kejatuhan kegemilangan PAS. Ini semua disebabkan oleh sikap pimpinan PAS yang tidak mahu berubah, yang sanggup bersekongkol dengan UMNO didalam gelap malah sanggup pula membelakangi kehendak rakyat marhaen. Jika PAS masih lagi tidak menunjukkan persepsi yang baik kepada rakyat marhaen terutamanya kepada kaum Cina dan India, maka pastinya PAS akan mengalami kekalahan yang maha besar.

PAS perlukan korban untuk memastikan ianya relevan pada setiap masa. Saya bersependapat dengan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang melihat PAS perlukan satu perubahan yang drastik. Jika PAS ingin berjaya, maka perlulah mereka melaksanakan slogan “PAS For All” dengan lebih realistik.

Monday, November 9, 2009

Cara PAS membawa diri ke alaf baru

SETELAH BERAKHIRNYA apa yang dipanggil Seminar Memperkasakan Parti semalam, PAS kini nampaknya berazam untuk memperbaiki dirinya demi untuk menjadi sebuah 'parti untuk semua'.

Natijah ini sebenarnya terserlah daripada awal lagi. Soal capai atau tidak itu soal lain. Mari kita lihat kemungkinan-kemungkinannya ke arah itu.

Pertama, belum pernah dalam sejarah parti itu, satu seminar untuk melihat kelemahan diri diadakan dalam suasana yang begitu terbuka sebagaimana yang ditunjukkan melalui seminar itu.

Saya katakan terbuka kerana seminar itu turut dihadiri wakil-wakil media tanpa ada unsur-unsur saringan terlebih dahulu.

Kedua, PAS menjemput dua orang ahli akademik yang dari segi keanggotaannya tiada kaitan langsung dengan mereka untuk membentangkan kertas kerja mengenai kemajuan dan kelemahan PAS walaupun kehadiran Aziz Bari lebih kepada untuk menjawab atau mempertahankan tulisan beliau sehingga mengundang kepada kontroversi kritikan pedas Nik Aziz Nik Mat yang selepas itu pula mendorong kepada terhasilnya seminar berkenaan.

PAS yang seperti ini tidak akan kelihatan di era 1980an mahupun 1990an.

Malah PAS diera 1980an masih dengan slogan 'Bakar Wartawan' atau 'bakar suratkhabar'.

Tapi kali ini, PAS bukan sahaja membuka pintunya kepada kritikan luar malah mengizinkan pihak media mendengar kandungan kritikan tersebut.

Jadi cara PAS membawa dirinya ke alaf baru ini serta keputusan sebulat suara bagi meluluskan lima resolusi yang dicapai pada seminar berkenaan pada dasarnya menggambarkan bahawa segala kekalutan yang berlaku dalam PAS sejak akhir-akhir ini berjaya diselesaikan secara terbuka dan melalui kaedah musyawarah.

Pendek kata, PAS ingin menunjukkan kepada dunia bahawa ia benar-benar serius dalam menawarkan alternatif kepada rakyat Malaysia melalui dasar-dasar keterbukaan yang sedang ditunjukkannya masa kini.

Syabas PAS dan moga-moga apa yang ditunjukkannya ini tidak bermaksud satu gimik politik.

Bagaimanapun, apa yang diperkatakan ini hanyalah satu sudut pandang dari kacamata orang luar.

Seperkara lagi yang kelihatannya agak nyata hasil daripada seminar itu ialah betapa para perwakilan ke Seminar itu tidak lagi bersedia untuk duduk berbincang secara serius dengan UMNO berhubung kerajaan perpaduan.

Peluang mengikuti keseluruhan perjalan seminar berkenaan semalam menimbulkan satu persepsi bahawa pada dasarnya pemimpin dan ahli peringkat akar umbi sememangnya menolak idea kerjasama tersebut.

Rata-rata perwakilan yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan melahirkan persepsi yang negatif ke atas apa jua usaha sama ada yang tersirat mahupun tersurat berhubung cubaan menjalinkan kerjasama dengan Umno dan BN.

Dan menyedari akan sentimen inilah maka diakhir seminar itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa untuk kali yang terakhirnya menegaskan bahawa isu kerajaan perpaduan sudah berakhir dan parti itu menetapkan pendirian bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat 'dalam ribut mahupun dalam tenang'.

Malah Abdul Hadi juga memberi jaminan bahawa selepas berakhirnya seminar politik yang pertama kali dianjurkan itu, tidak akan ada lagi mana-mana pemimpin atau ahli parti itu yang akan membangkitkan lagi isu berkenaan yang dianggap telah menjadi punca berlakunya konflik dalaman PAS.

"Tak mungkin dibangkitkan lagi (isu kerajaan perpaduan), ia dah tutup... ini pendirian PAS, pendirian Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini sejurus selepas selesainya seminar berkenaan.

Nampaknya dari sudut ini, ketetapan PAS sudah jelas bahawa mereka menolak secara total sebarang kerjasama dengan Umno dan BN dan berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Dan PAS tidak mahu lagi isu ini menghantui mereka dan menghambat mereka buat selama-lamanya. Ia perlu dihentikan sekarang sebelum perpecahan terus berlaku di kalangan mereka sendiri. Hadi menyedari risiko politik itu dan beliau akur dengan kehendak akar umbi.

Namun begitu pada sudut yang lain pula, seminar itu turut memperlihatkan bahawa keputusan untuk 'menutup buku perpaduan' dengan UMNO tidak juga bermakna mereka memberi 'blank cheque' kepada pucuk pimpinan melakukan apa sahaja dengan Pakatan Rakyat.

Ini kerana masih terdapat suara-suara yang mempertikaikan batas kerjasama yang terjalin antara PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Secara rawak memang dapat dirumuskan bahawa ada dikalangan ahli PAS sendiri tidak merestui jika PAS bergabung secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apatah lagi menggunakan satu simbol parti mewakili pakatan itu.

Jika inilah sentimennya, usaha ke arah membentuk satu pakatan sepertimana BN yang kini sedang diusahakan oleh Zaid Ibrahim bukanlah satu pelayaran yang mudah.

Ini dapat dilihat daripada gesaan para peserta seminar yang mendesak agar pucuk pimpinan parti menggariskan batas persempadanan kerjasama yang hendak dijalinkan itu jika ianya menjadi realiti.

Malah gesaan sedemikian juga selari dengan hasil kajian yang dibentangkan oleh ahli akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah yang hadir sebagai salah seorang ahli panel seminar itu.

Menerusi kajiannya yang bertajuk "Kajian Mikro Kepercayaan Politik di Malaysia Dari Persepsi Pola Kepercayaan Untuk PRU ke 13 akan datang", Abu Hassan berkata sebilangan besar responden di kalangan golongan muda mahu PAS bertindak sebagai ahli bersekutu sahaja.

Dan Abdul Hadi dalam responnya kepada soal membentuk pakatan pembangkang yang lebih terikat sebagai satu pasukan menegaskan PAS sebagai satu badan politik mahu tidak mahu perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan.

Pada masa yang sama, Hadi berkata, persefahaman yang akan diwujudkan itu akan dilakukan tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan PAS.

Dalam erti kata yang lain, ada sedikit kusyen politik di situ. Maknanya Hadi berhati-hati. Jika pakatan yang hendak dibentuk itu tidak jadi realiti ia bukan disebabkan oleh ketidaksepakatan pembangkang tetapi kerana PAS sejak awal-awal lagi telah berdiri teguh bahawa ia tidak bersedia mengadaikan dasarnya hanya kerana keperluan sebuah pakatan sepertimana BN.

PAS juga menurutnya adalah sebuah parti yang mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Tapi kenyataan ini lebih menjurus kepada ego Hadi dan ego PAS. Tidak lebih dari itu.

Tetapi apabila ego itu berlalu, maka Hadi pun terus berkata; "PAS bukan sahaja perlu memperkukuhkan kekuatan bagi memenangi undi di kalangan pengundi Islam namun dalam masa yang sama perlu lebih berusaha untuk meraih undi penyokong bukan Islam."

Soal keperluan kepada undi bukan Islam itu bukan ego tapi Hadi yang kembali berpijak kepada dunia realiti.

"Dalam masa yang sama kita hendaklah mendapatkan undi bukan Islam sebanyak mungkin kerana inilah pendekatan politik yang sebenarnya, asalkan kita mempelihara, akidah dan menjaga sempadan," katanya.

Dan berpijak di bumi yang nyata ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk resolusi yang dicapai semalam iaitu untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong Pas di kawasan masing-masing serta membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Walaupun pada akhirnya tidak semua yang akan setuju dengan dasar PAS tetapi keazamannya untuk menjadi parti untuk semua adalah satu langkah yang berani; --- berani kerana berazam untuk menjadi parti untuk semua tanpa bersedia mengorbankan dasarnya.

Selamat Maju Jaya PAS...

Sunday, November 8, 2009

Seminar PAS luluskan lima resolusi

Hadi simpulkan seminar berjaya selesaikan masalah parti

PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu merupakan satu daripada lima resolusi yang diluluskan pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini.

Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.

PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

Resolusi lain yang dicapai ialah untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.

Dalam pada itu, resolusi kelima yang diluluskan tanpa bantahan turut menggariskan usaha untuk membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas seminar tersebut berkata, resolusi yang diluluskan itu akan digunakan oleh pihak pengurusan parti untuk tindakan dalaman.

Menurut beliau, kejayaan seminar pada hari ini menunjukkan parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Kita berjaya adakankan seminar dengan menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh pelusok negara kerana keterbukaan secara demokratik

"Bukan sahaja memberi peluang dari dalam parti untuk mengkritik secara membina bahkah kita menerima teguran dari tokoh yang bukan di kalangan kita," katanya.

Abdul Hadi juga dengan kejayaan seminar itu juga akan memberi lebih semangat kepada PAS untuk terus memperkasakan parti bersama Pakatan Rakyat.

"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," katanya.

Ditanya tidakkah beliau rasakan kritikan yang diberikan oleh tokoh-tokoh akademik yang turut sama sebagai ahli panel pada seminar ini dilihat begitu 'keras' terutamanya melibatkan kepimpinannya, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan isu biasa.

"Kita anggap perkara biasa, kita matang dengan kritikan, yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," katanya.

Saturday, November 7, 2009

Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar sikap biadap dan double standard yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan Kerajaan Kelantan berhubung isu Royalti Minyak yang dibayar oleh Petronas melalui Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN.

PAS kesalkerana Kerajaan BN melayan tuntutan rakyat Kelantan seperti melayani peminta sedekah, dengan mengumumkan 'wang ehsan' bagi mengantikan wang royalti yang dikatakan tidak layak diterima kerana kononnya Petronas beroperasi dikawasan bertindih.

Jawapan ini memperlekehkan tuntutan rakyat Kelantan yang mana mereka tetap berhak walaupun ia berada di kawasan yang bertindih. Sekurang-kurangnya bayaran royalti perlu dibayar kepada Kelantan yang jumlahnya sama dengan negeri yang bersempadan dikawasan bertindih itu.

Negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak yang diterokai oleh Petronas seperti, Sabah, Sarawak, dan Terengganu mendapat wang royalti, tetapi kenapa Kerajaan BN hanya memberikan 'wang ehsan' sedangkan itu adalah hasil bumi Kelantan yang diakui oleh ramai pakar geografi dan petroleum termasuk dari pihak Petronas sendiri.

Krisis ini mengulangi kebiadapan Kerajaan BN terhadap rakyat yang satu ketika dahulu mengantikan wang royalti kepada wang ehsan kepada Kerajaan Terengganu selepas negeri itu diperintah oleh Kerajaan PAS. Ketika itu, wang ehsan itu diberikan melalui kroni-kroni mereka di dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

Hal yang sama akan berlaku di Kelantan dimana duit 'wang ehsan' itu akan masuk ke kantung kroni BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melalui Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika ini berlaku, bermakna rakyat Kelantan tidak akan mendapat manfaat apa-apa melainkan sekadar layanan seperti peminta sedekah kepada Kerajaan Pusat. Wang royalti dirompak ditengah jalan oleh Kerajaan BN dan duit sedekah ehsan diberi untuk menunjukkan kepada rakyat yang kononnya BN prihatin, walhal mereka sepatutnya mendapat hak mereka, lebih dari nilai wang ehsan itu. Ini adalah cara fikir politik yang kotor, dendam dan tamak yang menjadi darah daging pemimpin BN.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sepatutnya malu untuk mengumumkan perkara ini di Parlimen, kerana apa yang beliau lakukan ini hanyalah satu lagi bukti kezaliman BN terhadap Kelantan yang sudah 20 tahun di tadbir oleh PAS dengan jayanya tanpa bantuan wang royati minyak yang sudah lama dituntut.

Inilah jasa Datuk Awang Adek selepas dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib kepada rakyat Kelantan. Mujurlah beliau dan sekutu BNnya kalah di Kelantan dalam Pilihanraya 2008, jika tidak rakyat Kelantan akan lebih menderita lagi jika beliau dilantik menjadi Menteri Besar.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, November 6, 2009

KES NIZAR DITANGGUH - JANGAN ADA SUARA GHAIB PENGARUHI HAKIM

Setelah mendengar penghujahan dari pasukan peguam Hj Nizar dan peguam Zambry termasuk Ghani Patail sebagai pencelah,hakim menangguhkan penghakimannya sehingga ke satu tarikh yang tidak diberitahu.


Rakyat mengharapkan supaya sepanjang penangguhan sehinggalah penghakiman dibuat oleh para hakim yang arif, tidak ada suara dan tangan ghaib cuba mempengaruhi hakim-hakim tersebut. Beri peluang kepada hakim-hakim ini membuat keputusan.

Sementara itu, ahli dan penyokong PR yang muslim tidak boleh berdiam diri, munajat dan solat hajat hendaklah dikerjakan setiap malam, kalau boleh sebelah siangnya berpuasa. Amalan ini akan menjadi perantaran kita sebagai hamba kepada Allah swt bagi memohon pertolongan kepadaNya agar para hakim diberi hidayah dan taufiq supaya penghakiman yang akan dibuat nanti benar-benar adil.

Harapan rakyat Perak kes ini dimenangi oleh YB Hj Nizar. Dengan kemenangan tesebut, HJ Nizar akan mengadap Tuanku dan memohon perkenan supaya DUN Perak dibubarkan.

Harap Pakatan Rakyat usah tiru BN salahguna harta awam

PENYALAHGUNAAN harta kerajaan dan harta awam dalam kempen-kempen pilihan raya kecil atau umum sudah menjadi lumrah di Malaysia. Parti-parti pembangkang berhempas pulas menentang penyalahgunaan harta kerajaan kerajaan semasa kempen pilihan raya yang selalunya dibuat oleh Barisan Nasional (BN).Sayangnya parti-parti pembangkang sendiri apabila berkuasa di peringkat negeri dan menguasai kerajaan negeri dilihat mula menggunakan harta kerajaan untuk kempen bagi parti-parti mereka.
Tahap penggunaan harta kerajaan dan tempat awam kerajaan disalah guna oleh BN begitu ketara. Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat amat cantik dan demokratik dalam merealisasikan dan penghayatan demokrasi di Malaysia.

Dewan-dewan kepunyaan kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan, manakala parti-parti politik dikehendaki menggunakan premis masing-masing untuk berkempen, berceramah dan menjalankan propaganda parti-parti mereka.

Harta dan kenderaan kerajaan digunakan hanya untuk urusan kerajaan, tidak digunakan secara berleluasa untuk urusan parti politik. Langkah yang dibuat oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kemudiannya Barisan Alternatif (BA) dan kini Pakatan Rakyat di Kelantan adalah langkah baru dalam mempraktikkan amalan demokrasi di Malaysia.

Langkah yang diambil oleh pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, membolehkan pihaknya bertahan sudah lima penggal, walaupun tidak menggunakan harta kerajaan secara ghairah dan berleluasa.

Kebelakangan ini penguasaan kuasa parti politik dan kerajaan di Kelantan mulai goyah. Langkah-langkah perlu diambil untuk memperbetul dan mengembalikan semula amalan pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada awal penguasaan terhadap pentadbiran negeri Kelantan.

Walauoun ia belum ghairah seperti penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN, namun langkah kembali seperti amalan tahun 90-an mesti dipertahankan di Kelantan. Tidak menggunakan kereta-kereta exco kerajaan negeri dalam kempen pilihan raya di Kelantan dan di luar Kelantan, kemenangan bergantung kepada kekuatan politik parti (PAS, S46, KeADILan) adalah menjadi sanjungan rakyat dan dibuktikan dapat bertahan selama lima penggal.

Penyalahgunaan harta kerajaan dan tempat awam kerajaan lambat laun dibenci oleh rakyat, apabila pejuang demokrasi mengambil langkah yang sama seperti BN untuk mempertahankan kerajaan mereka.

Paling banyak dewan-dewan orang ramai adalah di Selangor. Dasar kerajaan Pakatan Rakyat dalam hal penggunaan dewan awam amat dialu-alukan. Mana-mana parti politik atau badan-badan NGO diizinkan menggunakan dewan-dewan awam apabila berlaku kekosongan dan dibayar sewa mengikut kadar yang ditetapkan.

Pembaharuan ini mesti dipertahankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, untuk membuktikan kita berjuang untuk keadilan dan keadilan itu dapat diperlihatkan, dan demokrasi dapat ditegak atau diamalkan. Jangan langsung ada sikap "kalau kerajaan BN boleh salah guna kenapa kita tak boleh?"

Walaupun dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang sudah mula kelihatan kenderaan kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, kita harap ia tidak berleluasa dan kalau boleh hentikan terus amalan itu supaya kerajaan Pakatan Rakyat langsung tidak meniru penyalahgunaan harta kerajaan yang dibuat kerajaan BN.

Sikap ingin bersaing dengan BN dalam hal penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan harta kerajaan mesti dihentikan terus, biarlah BN dengan rakus dan sombong menyalahgunakan harta awam, Pakatan Rakyat mesti memulakan langkah baru dalam hal berpolitik di Malaysia.

Semasa pilihan raya kecil di Bukit Selambau, langkah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak menggunakan premis awam untuk berceramah, berkempen dan menjalankan kegiatan parti (Pakatan Rakyat) adalah langkah yang dialu-alukan.

Dengan tidak menggunakan harta dan tempat awam, KeADILan yang mewakili Pakatan Rakyat tetap mencapai kemenangan dengan cemerlang.

Langkah Pakatan Rakyat tidak menggunakan harta awam pada pilihan raya kecil Bukit Selambau mesti dipertahankan. Janganlah ada pemikiran, kalau BN salah guna kenapa kita Pakatan Rakyat tidak lakukan sedemikian. Mempertahankan keaslian demokrasi mesti dijelmakan dalam pemikiran dan tindakan rakyat Malaysia.

Kita boleh melihat dengan jelas bahawa sekolah kerajaan dijadikan penempatan Puteri, Putera dan Pemuda Umno khasnya dalam pilihan raya kecil Anak Bukit dan Parlimen Pendang, Kedah.

Lama-kelamaan rakyat yang terbuka minda semakin meluat kepada BN di atas tindakan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan mereka. Kenderaan Kementerian Penerangan digunakan semahu-mahunya untuk BN berkempen dalam pilihan raya kecil atau umum.

Kemeluatan rakyat kepada BN makin bertambah. Harta kerajaan dan harta rakyat seolah-olah sudah menjadi harta parti mereka yang diwarisi daripada bapa-bapa mereka.

Kerajaan Pakatan Rakyat mesti dan wajib membendung penyalahgunaan tempat awam, harta kerajaan, kenderaan kerajaan untuk berkempen bagi pihak parti-parti mereka.

Unsur nak meniru kejahatan BN, dan jangan biarkan ia mula muncul di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Harap kita berazam untuk hentikan dan berjanji tidak melakukan kesilapan dan kedurjanaan BN. Sesungguhnya rakyat akan selamat di bawah pemimpin berhemah.

Thursday, November 5, 2009

Ustaz Azizan lulus cemerlang satu demi satu ujian

Menurut Laporan Audit Negara 2008, Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205 peratus berbanding tahun 2007. Kata Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan bagi sebuah negeri yang berada di kawasan konservatif.

205 peratus adalah angka yang sangat tinggi! Ia berlaku selepas setahun kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Kedah. Malangnya angka yang sehebat itu tidak dilaporkan dalam media-media talibarut BN.

'Peranan' media talibarut itu ialah membesarkan cerita 'perpecahan' yang kononnya berlaku dalam Pakatan sambil menggelapkan terus segala kebaikan yang dilakukan kerajaan Pakatan walaupun baru setahun jagung berbanding separuh abad mereka berkuasa di negeri tertentu.

"Ini adalah hasil daripada dasar yang telah ditetapkan dalam pentadbiran negeri Kedah, iaitu perbelanjaan berhemah, berbelanja mengikut keperluan dan keutamaan serta mengelak pembaziran," kata Menteri Besar ketika menjadi tetamu rancangan Nasi Lemak Kopi O pada program Sua Rasa TV9 di perkarangan Stadium Darul Aman, di sini.

Dua hari Sua Rasa berkampung di Stadium Darul Aman, ribuan rakyat berkunjung. Ada peluang juga rakyat berhibur, tidak seperti gambaran Umno sebelum ini kononnya akan wujud pemerintahan ala Taliban jika PAS berkuasa.

Dalam waktu yang sama di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti berlangsung Kejohanan Badminton Remaja Dunia. Seluruh mata peminat sukan badminton dunia bertumpu di Alor Setar, Kedah. Sewaktu PAS jadi pembangkang dulu, pemimpin Umno pernah membayangkan bahawa jika PAS memerintah maka stadium akan jadi gelanggang lumba unta.

Menurut Azizan ketika diwawancarai oleh bekas Pegawai Media Tan Sri Sanusi Junid, Aziz Desa, niat yang ikhlas untuk membantu rakyat, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa hasil negeri yang diperolehi perlu disalurkan kepada masyarakat bagi mencapai moto Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

"Saya telah menggariskan dasar perbelanjaan mesti diimbangkan dengan pendapatan, maka dalam hal ini pendapatan pada cukai berjalan seperti biasa, cuma saya bantu polisi baru, iaitu hasil hutan.

"Hasil hutan selama ini kita peroleh antara RM7 juta hingga RM8 juta setahun, pada saiz hutan yang sama, tetapi di bawah polisi baru, iaitu tender terbuka, siapa pun saya tak bagi anugerah, siapa nak buat tender dia kena buat secara terbuka, maka dengan itulah hasil kita melambung sehingga RM 28 juta hingga RM 30 juta, dasar ini diteruskan, untuk tahun 2009, kita telah capai RM 35 juta," ujar beliau.

Bagi memastikan dasar yang ditetapkan ini berjalan dengan lancar, kerajaan negeri telah mendapat kerjasama daripada semua pegawai tadbir negeri.

Dari segi projek pembangunan, katanya, kerajaan negeri tetap mengekalkan projek ekonomi yang sedia ada, namun sektor pertanian menjadi fokus utama bagi membantu rakyat menjana pendapatan, yang rata-rata mereka merupakan petani.

"Di samping kita ada industri di Kulim Hi-Tech, tetapi kerajaan sekarang fokuskan kepada industri pertanian kerana rakyat Kedah majoritinya petani, mereka lebih berkeupayaan, cuma kerajaan sedang berusaha untuk cari pasaran sama ada dalam atau negeri," ujarnya.

Sejak bertahun isu sampah bukan setakat menusuk hidung tapi menusuk jantung hati. Ia benar-benar 'menganggu' kerajaan yang mentadbir Kedah. Alhamdulillah 1 November baru-baru ini, syarikat E-Idaman mengambil alih sepenuhnya pengurusan di beberapa daerah utama negeri ini. Rakyat lega. Syarikat tersebut adalah kontraktor yang dilantik oleh Pusat.

Sebenarnya rakyat tidak peduli siapa yang angkut dan bersihkan sampah. Mereka cuma mahu tengok sampah tidak bersepah-sepah di tepi jalan hadapan rumah mereka. Waktu sampah menimbun pemimpin kerajaan negeri jadi sisa serangan maka begitulah apabila isu sampah selesai maka kerajaan negeri juga yang dapat pujian.

Sekarang, Pakatan di Kedah seolah-olah sedang lulus satu demi satu ujian dengan cemerlang. Goncangan pihak pembangkang terhadap kepimpinan Ustaz Azizan juga bukan setakat tidak kuat, malahan tidak menjadi. Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh nampaknya benar-benar terjun dengan labu-labunya.

Di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggemparkan dunia dengan berita penangkapan ala Anwar 1998. Kerajaan Pakatan Selangor ditempelak kerana tidak berjaya menjinakkan Jais yang dilihat masih berwalak kepada Dr Mohd Khir Toyo.

Di Kedah hal seperti itu tidak berlaku. Ustaz Azizan berjaya menyekat kewujudan 'anak nakal' dalam pentadbirannya melalui caranya sendiri. Mungkin kejayaan itu yang menguja Dr Abdul Aziz Bari untuk mencadangkan beliau mengambil alih kepimpinan tertinggi dalam PAS.

Kedudukan MB Perak, mahkamah tangguh keputusan

Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah hari ini sedang didengarkan di hadapan lima panel hakim.

.10: Mahkamah ditangguhkan dan keputusan akan diberikan dalam satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

3.55 petang: Peguam pencelah yang juga Peguam Negara, Ghani Patail memulai penghujahan sebelah petang selepas peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah menghabiskan penghujahannya.

3.45 petang: Mahkamah kembali bersidang selepas berhenti rehat sehingga jam 3,30 petang tadi. Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar masih berada dalam mahkamah untuk terus mengikuti sesi yang sedang berlangsung.

3.00 petang: Sementara itu, Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim yang turut berada dalam kamar mahkamah melaporkan sesuatu yang janggal dalam kes kali ini.

Menurutnya, kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas di tempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

"Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

"Hari ini seorangpun dari mereka tidak kelihatan. Cuma pada sesi pagi yang jelas mewakili Umno hanyalah Hamdan Taha dan kawan-kawannya yang datang. Mereka tidak ada apa-apa jawatan dalam Umno cuma yang pasti ada kepentingan,"jelasnya melalui catatan blog peribadinya.

Tambahnya,"keadaan ini menimbulkan banyak persoalan, adakah mereka sudah tahu keputusan awal sehingga seorangpun tidak kelihatan didalam kamar bicara. Yang jelas panel peguam sahaja yang mewakili Zambry termasuklah peguam pencelah, Ghani Phatail.

"Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapakah ini berlaku, dan saya pun tidak dapat memberi jawapan yang pasti,"katanya.

12.45 tgh:Dalam pada itu, Nizar sewaktu ditemui menjelaskan, lima hakim yang ditetapkan tidak menggambarkan 1 Malaysia.

Katanya, jika kes dadah boleh didengar oleh lima hakim tentunya kes ini memerlukan hakim lebih besar kerana ia membawa kesan lebih besar.

"Sepatutnya ada hakim dari Borneo juga,"katanya semasa ditemui pada sesi rehat sebentar tadi.

Beliau berharap inilah peluang keemasan untuk membuat keputusan yang memulihkan sistem kehakiman negara.

12.00 tengahari: Sementara itu, menurut Hanifa Maidin yang hadir hari ini, permohonan untuk mendapatkan 11 hakim adalah untuk memastikan tiada unsur 'bias', para hakim membuat keputusan yang tepat dan tidak wujud unsur-unsur yang memihak apabila membuat keputusan.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kerana lima panel hakim yang dilantik kini adalah hakim-hakim yang pernah mendengar kes terdahulu dan dibimbangi akan mempengaruhi kes tersebut.

Sementara itu, ditanya mengenai hujah yang dikemukakan oleh pihak Nizar, beliau mengulas bahawa antara yang ditegaskan oleh barisan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah adalah;telah termaktub dalam undang-undang bahawa Tuanku Sultan Perak tiada hak dan kuasa dalam memecat Menteri Besar dan juga jika ingin memecat maka mesti ada undi tidak percaya dalam dewan.

Tambahnya, berkemungkinan keputusan tidak akan diketahui hari ini, tetapi diharapkan Nizar akan menang bersandarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan.

Mahkamah ketika ini berhenti rehat.

Berita sebelum ini

10.15 pagi: Ketika ini, panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut tetapi telah ditolak oleh mahkamah.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

9.00 pagi:Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas. _


Permohonan didengar panel 11 hakim ditolak

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.

Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya.

Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya.

Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik".

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantu menterjemah perlembagaan Perak dan perlembagaan Persekutuan, berkata permohonan tersebut tidak seharusnya dibuat melalui usul.

Sebaliknya, kata beliau, ia seharusnya dibuat melalui semakan kehakiman.

Keputusan rayuan Nizar, akan menentukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan Februari lalu selepas beberapa wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Ia juga bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.
Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

Pendakwaan Rasuah hanya wayang kulit

Ramai berpendapat tuduhan rasuah yang dikenakan kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri hanyalah wayang kulit untuk menunjukkan bahawa kerajaan 1Malaysia Najib komited membanteras rasuah. Sedangkan sebelum itu mereka memilih calon yang rasuah di Bagan Pinang.

Selain itu mengapa Rahman Bakri sahaja yang dituduh sedangkan berbakul-bakul bukti dan laporan dibuat terhadap Khir Toyo tetapi beliau masih bebas tanpa sebarang tuduhan. Rumahnya yang berjumlah puluhan juta pun tidak disiasat.

Adakah ini sandiwara Umno/BN dan Rahman Bakri yang dijadikan kambing hitam untuk mensucikan imej Umno yang tidur bangun baringnya atas rasuah.

Berapa ramai lagi pemimpin Umno lain yang dilaporkan rasuah oleh Ezam, PAS, DAP dan PKR semuanya terlepas.

Mengapa Ketua Menteri Melaka yang dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin Umno tidak dihadapkan ke mahkamah setelah beberapa tahun perkara jijik itu dilakukan?

Jelas SPRM dan BN bersekongkol dalam hal ini. Pendakwaan dan pertuduhan terpilih masih diamalkan walaupun BPR sudah dinaikkan taraf menjadi SPRM._

Siapa MB Yang Sah ?

Mahkamah Persekutuan akan bersidang hari ini untuk memutuskan siapa Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.Sejak rompakan kuasa di lakukan oleh BN yang diketuai Perdana Menteri beberapa bulan lalu kemelut politik Perak menjadi tidak tentu hala dan caca marba

Esok mahkamah akan menentukan siapa MB yang sah. Saya sendiri tidak menaruh harapan yang besar kepada keputusan mahkamah esok. Semua orang kampung sudah tahu keadaan dan situasi serta ketelusan sistem kehakiman di Malaysia. Yang ini saya tidak mahu mengulas, tuan-puan boleh fikir sendiri.
Namun bagi saya apa pun keputusan esok ianya tidak akan dapat menghapuskan 'dosa' rompakan kuasa tersebut. Rakyat Perak tidak akan memaafkan kepala perompak dan 3 orang penyangak yang menyebabkan politik Perak menjadi berkecamuk seperti sekarang.
Saya yakin hanya satu jalan terbaik untuk selesaikan isu ini iaitu bubarkan DUN serta merta.
Sebab itu sesiapa pun yang akan dinamakan sebagai Menteri Besar yang sah esok, saya sarankan mengadap Sultan serta merta dan pohon perkenan supaya DUN Perak dibubarkan.


Dengan cara itu Insya Allah kemelut ini akan berakhir!!!!

Wednesday, November 4, 2009

Perketat pemilihan calon wakil rakyat


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memperketat proses pemilihan calon wakil rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang supaya mereka yang tidak konsisten dengan parti tidak dipilih.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan terdapat segelintir wakil rakyat PKR tidak berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

Menurutnya, dalam pilihan raya akan datang, katanya, parti perlu memperhalus proses pemilihan calon yang akan bertanding di atas tiket PKR dan calon tersebut mestilah mempunyai rekod yang baik dan berkelayakan.

“Saya tidak nafikan ada di kalangan wakil rakyat dari PKR tidak memberi khidmat dengan baik dan ada yang sudah melompat. Ini merupakan kesilapan parti memilih calon dahulu.

“Kita perlu perbaiki sistem pemilihan calon supaya dapat memastikan wakil rakyat yang dilantik dapat menjalankan tugas mereka dengan baik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sejak Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, beberapa wakil rakyat pembangkang telah keluar dari parti. Yang terbaharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah.

Anwar berkata, beliau menemui Badrul Hisham 7 bulan lalu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepadanya setelah terdapat laporan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik.

Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa Badrul Hisham juga tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jangankan sidang DUN, saya sendiri datang ke kawasan beliau pun beliau tidak muncul. Saya tidak nafikan bahawa beliau tidak menunjukkan prestasi yang sewajarnya,” katanya.

Mengenai penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor, Anwar menyifatkannya tidak wajar kerana Asri layak beri ceramah agama.

Menurutnya, tujuan peraturan penceramah perlu mempunyai tauliah daripada kerajaan negeri adalah untuk memelihara Islam tetapi peraturan ini tidak perlu digunakan untuk menghalang seseorang mengeluarkan pendapat.

“Saya ada minta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid (Ibrahim) supaya, jika perlu, meminta penjelasan daripada Jabatan Agama sembahkannya ke hadapan Sultan Selangor.

“Ini supaya dapat memastikan hukum Islam dan perlaksanaannya itu tidak mencerminkan imej yang tidak baik,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kes tuduhan liwat yang dihadapi, Anwar pihaknya tidak melengahkan proses perbicaraan itu, tetapi pihak pendakwaan tidak mahu menyerahkan bukti dan dokumen yang diperlukan.

“Kita bukannya mahu semuanya, tetapi sebahagian bukti dan dokumen yang ada. Ini laporan polis pun tidak diberi,” katanya.

Monday, November 2, 2009

Umno pengumpul sampah dan barang lusuh kata Aziz Bari

Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan.

Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.

Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.

Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun.

Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.

Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah

Search This Blog