Friday, November 6, 2009

KES NIZAR DITANGGUH - JANGAN ADA SUARA GHAIB PENGARUHI HAKIM

Setelah mendengar penghujahan dari pasukan peguam Hj Nizar dan peguam Zambry termasuk Ghani Patail sebagai pencelah,hakim menangguhkan penghakimannya sehingga ke satu tarikh yang tidak diberitahu.


Rakyat mengharapkan supaya sepanjang penangguhan sehinggalah penghakiman dibuat oleh para hakim yang arif, tidak ada suara dan tangan ghaib cuba mempengaruhi hakim-hakim tersebut. Beri peluang kepada hakim-hakim ini membuat keputusan.

Sementara itu, ahli dan penyokong PR yang muslim tidak boleh berdiam diri, munajat dan solat hajat hendaklah dikerjakan setiap malam, kalau boleh sebelah siangnya berpuasa. Amalan ini akan menjadi perantaran kita sebagai hamba kepada Allah swt bagi memohon pertolongan kepadaNya agar para hakim diberi hidayah dan taufiq supaya penghakiman yang akan dibuat nanti benar-benar adil.

Harapan rakyat Perak kes ini dimenangi oleh YB Hj Nizar. Dengan kemenangan tesebut, HJ Nizar akan mengadap Tuanku dan memohon perkenan supaya DUN Perak dibubarkan.

1 comment:

Anonymous said...

Dua dari tiga hakim dijanjikan neraka sebab tidak berlaku adil. Harap-harap lima-lima Yang Arif di tempatkan ke syurga Allah S.W.T. hendaknya kerana menegakkan yang hak. Sebab panas neraka bukan macam panas minyak GORPIS.

Search This Blog