Terbongkar! | Ini bukan soal mahu mencari siapa yang salah, tetapi soal tentang maruah negara kita. Sinar Harian telah mendedahkan tentang hak kerakyatan
kepada lima orang lelaki Pakistan baru-baru ini. Keraguan ini timbul
apabila mereka mendakwa menerima kad pengenalan daripada ejen ketika
sampai di Malaysia. Kerjanya hanya penjual aiskrim. Lebih mengejutkan lagi, mereka mendakwa sudah pergi mengundi sebanyak lima kali. KisahBest.My akan berkongsi tentang pendedahan ini.

HUTAN MELINTANG – Pelik bin ajaib!
Mungkin itu persepsi yang timbul apabila lima lelaki berketurunan
Pakistan memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia.
Penemuan memeranjatkan itu diperoleh
menerusi semakan daftar pemilih yang dibuat PKR Cabang Bagan Datoh,
baru-baru ini ketika meneliti daftar pemilih Suruhanjata Pilihan Raya
(SPR) untuk tujuan semakan jumlah dan lokaliti pengundi.
Hasil semakan juga mendapati, empat daripada mereka tersenarai dalam daftar pemilih dan kesemua mereka tinggal serumah.
Pengarah Pilihan Raya Umum, PKR Dun Hutan Melintang, A Ganeson ketika mendedahkan perkara itu berkata, penemuan tersebut menimbulkan
pelbagai persoalan dan keraguan kerana kesemua mereka memperoleh kad
pengenalan warganegara berwarna biru dengan mudah.
“Semakan yang kita buat melalui Sistem
Menang Pilihan raya (Sismep 3.0) yang dibekalkan parti pada mula
bertujuan untuk menyemak jumlah dan lokaliti pengundi.
“Apabila teliti senarai itu, kami ragui
lima penama disenaraikan kerana mereka tinggal di rumah sama dan
berketurunan Pakistan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, pasukannya kemudian
membuat penyiasatan dengan pergi ke rumah mereka di Taman Hutan
Melintang dan mendapati kesemua mereka mempunyai kad pengenalan biru
(MyKad) yang baru, manakala seorang lagi memegang kad pengenalan lama.
“Lima lelaki berusia 30 hingga 40-an itu mendakwa mereka mendapat kad pengenalan itu ketika masuk ke negara ini buat pertama kali.
“Mereka mendakwa kesemua mereka memperolehnya di Sabah melalui ejen sebelum menetap terus di Semenanjung,” katanya.
Ganeson menambah, lelaki berketurunan
Pakistan itu juga mendakwa beberapa kali mengundi dalam pilihan raya
umum (PRU) dan ada di antara mereka sudah lima kali mengundi di kawasan
Hutan Melintang.
“Mengapa perkara seperti ini boleh
berlaku? Ramai rakyat kita masih belum ada pengenalan diri. Malah, ada
dalam kalangan rakyat kita yang mendapat kad pengenalan merah walaupun
memang dilahirkan di negara ini.
“Pihak berkenaan perlu tampil beri
penjelasan mengenai kekeliruan ini kerana kesemua mereka tidak layak
mendapat kerakyatan negara ini,” katanya.
Untuk pengesahan lanjut, Sinar Harian
bersama-sama pasukan Pilihan Raya Dun Hutan Melintang ke rumah lima
lelaki terbabit untuk mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai
penemuan terbabit.
Ketika kami tiba, dua daripada penghuninya keluar manakala dua lagi berada di dalam rumah dan seorang lagi belum pulang kerja.
Apabila diminta supaya menunjukkan MyKad,
kedua-dua mereka pada mulanya enggan berbuat demikian, selepas
diberitahu untuk tujuan semakan PRU, mereka beri kerjasama dengan baik.
Ketika semakan dibuat, salah seorang daripada mereka, Ali Hamsir, 54, yang memiliki kad pengenalan lama memohon supaya kad pengenalannya ditukar baru seperti rakan-rakan yang lain.
Ketika ditanya bagaimana kad pengenalan
itu diperoleh, dia mendakwa kesemua mereka dibawa ke Sabah ketika
mula-mula memasuki negara ini sebelum bekerja di Semenanjung.
“Saya sudah berkahwin. Keluarga saya ada
di Pakistan dan setiap tahun saya balik jenguk mereka. Untuk balik ke
sana kami kena buat pasport kerana kami kini orang Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment