Thursday, January 31, 2013

Ada lagi anggota Majlis Syura Pas dilucut?


 "Saya tidak tahu, saya tak pernah bermimpi pun mengenai perkara itu." Demikian kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh kepada Sinar Harian Online berkenan laporan bahawa akan ada lagi yang akan dipecat susulan kes bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Mengikut laporan terbaru, seorang  bekas pengikut setia Pas Zainon Ismail menyatakan seorang pemimpin kanan Pas, Datuk Harun Taib dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura.

Menurut Nik Zawawi, beliau tidak pernah mengenalinya, sekali gus mempersoalkan status Zainon dalam Majlis Syura.

Beliau juga berkata pihaknya tidak mahu melayan sesuatu kenyataan yang tidak dikeluarkan oleh Majlis Syura.

"Dia (Zainon) tahu mana? Saya juga nak tanya dia itu, siapa?

"Kalau kenyataan dari dia saya memang tak mahu komen," katanya.

Dalam laporan media, Zainon turut berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas Nasharudin digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

"Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," katanya  yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai adakah perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dan pihaknya ingin menafikannya, Nik Zawawi berkata, beliau tidak mahu megulas lanjut.

"Maaflah saya tak mahu komen lagi," katanya lagi.

2 comments:

XUMNO said...

Zainon ni siapa? Tak pernah dengar pun kawan ni. Dia jantan ke betina?

Anonymous said...

Kalau ada lagi ahli Majlis Syura yang akan digugurkan sewajarnya nama itu Harun Din sebab dia payung Nasha.

Search This Blog

Loading...
Loading...