Kenyataan
terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga
media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan
strategik.
Ia
dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno di mana Najib Altantuya berucap
merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib
Altantuya.
Deepak
mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung
dengan isu pembunuhan Altantuya — sehingga bagi insan waras — Najib
Altantuya sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua
cara.
Najib
Altantuya harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnya.
Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan.
Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib Altantuya tidak boleh lagi
berdiam diri atas falsafah “diam itu emas”.
Kenyataan Deepak sangat serius kesannya:
1. “Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.”
“Saya
rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah
dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.
Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang
terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi
dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala.”
2.
“Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai
dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa.
Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan
terhenti.”
3.
“Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil
tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan
yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50
orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah.
Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib Altantuya is sitting Prime
Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima
enam lori.”
4.
“Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi
dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita
senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini,
baik hari itu bagi dia tenggelam.”
5.
“Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga kes Altantuya
dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu
dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong
kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.”
Setiap
satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju
kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan keluarganya dengan beraninya
dilibatkan.
Bagaimana Najib Altantuya akan menerajui Umno/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?
Adakah
Umno sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival
Umno ditambah beban oleh isu peribadi Presiden partinya, ketika Umno
sendiri tercungap-cungap keletihan?
Semua
perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan
akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya Umno
dengan isu peribadi Najib Altantuya.
Umno mempunyai pilihan.
Melepaskan
Najib Altantuya sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan
Umno untuk meneruskan survival — di atas premis PM baru akan sentiasa
membawa harapan baru.
Saya
yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat
apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan
tindakan Deepak.
Deepak
bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan
Agung Umno — menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
Najib
Altantuya ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini
bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah
susulan. Satu kenyataan oleh Mahathir Mohamad atau Muhyiddin Yassin
cukup untuk menamatkan hayat politik Najib Altantuya sebelum PRU 13.
Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.
Malaysia
tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan
dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.
Najib Altantuya yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.
Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!
No comments:
Post a Comment