Friday, November 30, 2012

Jam Tangan Platinum Berharga Rm12.6 Juta



Jam tangan antara termahal didunia ini adalah milik seorang penyanyi lagenda, Eric Clapton. Jam tangan platinum ini bakal dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan yang dilakukan di Geneva di Switzerland.

Jam kronograf berjenama Patek Philippe telah diperbuat daripada logam platinum dan akan dilelong oleh firma Christie di pusat lelongan Geneva. Jam tangan platinum Patek Philippe hanya ada 2 sahaja di dunia dan seutas lain kini berada di sebuah muzium yang tidak kenalpasti tempatnya.
Barangan jam tangan platinum rekaan Patek Philippe itu adalah antara 310 jam eksklusif lain dengan harga keseluruhan yang dijangka mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) telah dilelong oleh firma Christie tersebut.
Berita mengenai jualan jam itu telah disiarkan selepas sebuah lukisan karya Gerhard Richter milik Clapton dilelong pada harga £21.3 juta dalam sebuah lelongan di Sotheby di London sekali gus menjadi lelongan termahal di dunia bagi hasil karya seorang pelukis yang masih hidup. Clapton yang cukup popular dengan lagu Wonderful Tonight membeli lukisan terbabit pada harga £2 juta (RM9.7 juta) pada tahun 2001.

1 comment:

Anonymous said...

Rosmah suka nih..

Search This Blog