Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac
tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.
Selangor juga akan menjadi negeri yang pertama di Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan persekutuan.
Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.
"Kami (di Selangor) mendapat mandat untuk berkhidmat selama lima tahun...ini adalah kehendak rakyat," katanya kepada para pemberita selepas selesai persidangan dewan.

No comments:
Post a Comment