Kisah ini disebutkan dalam surah An-Namli , ayat 38-40.
Nabi Sulaiman bertanya siapa diantara
para pembantunya yang dapat membawa istana itu ke hadapannya. Maka para
jin Ifrit menjawab bahawa mereka sangup melakukannya sebelum Nabi
Sulaiman beredar dari tempat dari tempat duduknya. Tetapi seorang hamba
Allah yang menguasai "ilmu dari Kitab" berkata bahawa beliau sanggup
membawa istana itu sebelum mata Nabi Sulaiman berkelip.
Akhirnya istana Ratu Balqis itu dibawa
kehadapan Nabi Sulaiman oleh hamba Allah itu, padahal dia bukan Nabi dan
bukan pula jin Ifrit , tetapi dia diberi oleh Allah ilmu dari "Kitab".
Menurut para pentafsir , hamba Allah
yang beroleh ilmu Allah itu bernama Asaf (Asif) bin Barkhaya, Wazir Nabi
Sulaiman sendiri. Beliau adalah seorang yang dikenal dengan sahih dan
takwa. Dia adalah Wali Allah. Dikatakan juga bahawa beliau telah diberi
Allah rahsia "Ismul A'azam" . Bila dia berdoa dengan menyebutnya nescaya
doanya dimakbulkan oleh Allah dengan serta-merta.
Maka adanya seorang hamba Allah (Asif
bin Barkhaya) yang bukan seorang Nabi atau Rasul , yang berupaya
melakukan kerja yang begitu besar , malah lebih besar daripada keupayaan
jin Ifrit , membuktikan bahawa Asif bin Barkhaya itu tidak lain dari
seorang Waliyullah , hingga doanya dikabulkan oleh Allah dengan
serta-merta.
Empat kisah karamah yang diberikan oleh
Allah kepada hamba-Nya yang sangat dikasihi-Nya itu adalah kisah yang
difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran. Orang-orang yang dikasihi-Nya
itu tidak lain daripada para Aulia.
Semua cerita di dalam al-Quran adalah
benar kerana cerita-cerita itu diwahyukan oleh Allah sendiri. Cerita
tentang kelebihan yang diberikan kepada Penghuni Gua ( Ashabul Kahfi) ,Siti Maryam, Khidhir
dan Asif bin Barkhaya itu , didalam istilah lain adalah karamah yang
diberikan oleh Allah kepada para Aulia . Walaupun ayat-ayat yang
menceritakan hal-hal luar biasa yang dialami oleh sesetengah hamba Allah
itu , letaknya berpisah-pisah tetapi jelaslah bahawa mengandungi mesej
atau tujuan yang sama, iaitu bahawa Allah berkuasa memberikan sehabagian
dari ilmu-Nya,nikmat-Nya atau kelebihan-Nya kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya , apalagi kepada orang yang amat dikasihi-Nya .
Allah pernah berfirman bahawa ilmu yang
diberikan oleh Allah kepada manusia itu amat sedikit. Maka nikmat yang
berupa kebolehan melakukan hal-hal yang luar biasa dan ghaib yang diberi
oleh Allah kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya itupun amat sedikit
berbanding dengan ilmu Allah sendiri.
Berdasarkan kisah-kisah luar biasa di
dalam al-Quran itu, dapatlah dirumuskan bahawa Allah berhak mengurniakan
karamah kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya kerana sebab-sebab yang
hanya diketahui oleh Allah sendiri.
Tetapi karamah itu biasanya tidak
diberikan melainkan kerana hamba-hamba-Nya itu sangat takwa, sangat
patuh dan ikhlas beramal dengan segala perintah Allah untuk mengharapkan
keridhaan-Nya semata-mata.
Maka kepada hamba-hamba-Nya yang
dikasihi itu Allah tidak teragak-agak mengkabulkan segala doa mereka
bila mereka berdoa, seperti doa yang dipohon oleh Asif bin Barkhaya .
Sementara dalam situasi lain, Allah
berkuasa memberi dengan kehendak-Nya sendiri tanpa menunggu doa yang
dipohon oleh hamba-hamba-Nya yang dikasihi .
No comments:
Post a Comment