Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah seperti mula menerima hakikat bahawa BN akan kalah selepas PRU13.
“Gambaran ini diucapkan beliau dalam kenyataan-kenyataan terkini, seolah-olah membayangkan mereka akan kalah dan menjadi pembangkang selepas ini manakala Pakatan Rakyat akan meneraju kerajaan pula,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Katanya, Najib melaungkan amaran bahawa rakyat mungkin tidak berpeluang untuk menukar kerajaan semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai Kerajaan Persekutuan.
“Katanya negara akan ‘hancur’ dalam tempoh lima tahun sekiranya PR mengambil alih pentadbiran negara. Negara boleh rosak merudum, ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh jika dengan PR. Najib menganggap jika BN kalah dalam PRU13 maka kiamatlah dunia ini.
“Najib mungkin memikirkan hanya beliau dan partinya sahaja layak memerintah negara. Beliau merasakan dalam negara ini hanya mereka sahaja memiliki pakar ekonomi, ahli politik serta strategis yang bijak pandai. Rakyat Malaysia yang lainnya semuanya dungu dan tidak tahu apa-apa,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Malahan kata beliau, Najib cuba membayangkan PR sama seperti BN atau mungkin lebih kejam daripada itu.
Hakikatnya, tegas Riduan PR jauh berbeza daripada BN, ibarat langit dengan bumi.
Tambahnya, tidak mungkin PR akan melakukan aksi yang sama seperti mereka dengan menutup ruang demokrasi yang terbuka, memenjarakan aktivis politik pembangkang, menyekat akses media, memperguna agensi kerajaan, merantai pegawai kerajaan, menggunakan pelbagai akta dan undang-undang bagi mengugut dan menakut-nakutkan rakyat.
Menurutnya, mustahil PR akan mufliskan ekonomi negara dengan amalan kronisme, monopoli, rasuah, korupsi, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai penyelewengan sehingga merudumkan ekonomi negara seperti yang mereka lakukan.
Sebaliknya, ujar Riduan lagi PR dengan dasar perjuangannya berusaha membuka seluasnya ruang demokrasi sehingga tidak ada pihak yang dizalimi, parti-parti politik bebas menjalankan kegiatannya, mendapatkan akses media secara adil, mengisytiharkan tarikh pilihan raya umum lebih awal, tiada ugutan kepada penjawat awam, SPR dibersihkan, dan lain-lain lagi.
Menurut beliau, sebenarnya yang merasa paling gerun dan gusar sekarang ini bukan rakyat, kerana rakyat sudah bersedia menerima perubahan kerajaan.
Malah, ujarnya rakyat gembira dengan kehidupan selesa bersama PR di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
“Yang paling tergugat sekarang adalah Najib sendiri bersama dengan pasukannya kerana kekalahan akan membuatkan masa depan mereka dalam kegelapan,” katanya.

No comments:
Post a Comment