‘PEMBONGKARAN’ sebuah blog pro UMNO
semalam mengenai keanggotaan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang
dipetik secara meluas oleh semua media arus perdana, sebetulnya tidaklah
begitu mengejutkan.
Memang itupun tujuannya – untuk mendapat publisiti meluas dan percuma.
Maklum sajalah, bukan senang maklumat
berkaitan Pakatan Rakyat menjadi bahan siaran dalam media arus
perdana. Maka itu dengan tersebar luasnya maklumat kabinet bayangan itu
semalam, maka Pakatan Rakyat hanya perlu melihat tahap sokongan rakyat
terhadap cadangan kabinet tersebut dan membuat jajaran yang sepatutnya
(kalau perlu).
Semua ini telah dirancang dengan baik.
Bermula dari kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudiaannya
diperincikan oleh YB Shuhaimi Shaffei, sehinggalah dipetik blog dan
media pro UMNO. Cuma yang menjejaskan sedikit ialah kenyataan sinis Timbalan Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Kepong , Dr. Tan Seng Giaw.
Kenyataan itu hampir-hampir sahaja mengagalkan perancangan yang telah diatur dengan begitu teliti.
Memang Pakatan Rakyat mahu
maklumat itu disebar luaskan, dijadikan muka depan dan dimasukkan dalam
slot Buletin Utama jam 8.00 malam. Biar semua rakyat tahu bahawa Pakatan Rakyat ada perancangan dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kabinet bayangan.
Selama hari ini Pakatan Rakyat terutama Anwar, dituduh takut nak mengumumkan kabinet bayangan kerana takut kehilangan undi, sekarang, dunia pun boleh menilai sama ada Pakatan Rakyat takut atau tidak.
Kabinet bayangan yang disebar luaskan itu sebenarnya belum muktamad. Masih lagi bergantung kepada perkara yang penting iaitu Pakatan
Rakyat perlu menang dalam pilihanraya umum yang akan datang dan
calon-calon yang disenaraikan itu juga perlu menang untuk layak dilantik
sebagai anggota kabinet.
Walaupun masih layak bergelar Menteri dengan menjadi Senator tapi lebih cantik kalau menjadi Menteri ikut pintu depan, bukan pintu belakang.
Bagaimanapun, kalau senarai itu masih
kekal, tidak ada salahnya dengan semua calon yang dinamakan.
Masing-masing punya kelebihan yang boleh dimanfaatkan dalam menguruskan
kementerian yang bakal diamanahkan kepada mereka nanti.
Orang Melayu juga tidak perlu bimbang
kerana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri masih lagi orang
Melayu, begitu juga Menteri Pertahanan (tentera) dan Menteri Dalam
Negeri (polis), pun masih orang Melayu.
Hanya Menteri Kewangan 1 sahaja diserahkan kepada wakil dari DAP, Tony Phua.
Keputusan ini sangat tepat kerana bangsa cina memang diketahui sangat bijak dalam menguruskan wang dan ekonomi. Sepatutnya dari dulu lagi jawatan ini diserahkan kepada orang cina, tidaklah ekonomi kita jahanam seperti sekarang.
Orang Melayu juga tidak perlu bimbang bila kunci perbendaharaan dipegang oleh orang cina. Ini
bukan kali pertama berlaku, pada zaman Tunku Abdul Rahman menjadi
Perdana Menteri dulu, beliau telah melantik Tun Henry Lee sebagai
Menteri Kewangan pertama sebelum digantikan oleh Tun Tan Siew Sin
sebagai Menteri Kewangan yang kedua.
Pakatan Rakyat hanya memulangkan semula jawatan tersebut kepada mereka yang bukan setakat berhak, tapi juga layak.
No comments:
Post a Comment