Sekarang
ni kecoh pasal resepi Coca-Cola dah terbongkar. Memanglah semua orang
di dunia ni tahu apa kandungan yang terkandung dalam Coke, tapi yang
menjadi rahsianya pastinya nisbah kandungan setiap bahan dan cara
membuatnya. Dalam dunia ni, bahan boleh ditiru, tapi nak tiru cara
membuat dengan nisbah yang betul, memang sangat susah. Jom aku kasi
sedikit trivia berkaitan isu resepi Coca-Cola ni...
1)
Pada era 1970-an, Coca-Cola menarik diri daripada melabur di India
kerana desakan kerajaan India yang mewajibkan Coca-Cola untuk
menyenaraikan resepi Coke secara terperinci. Sehinggakan terhasilnya
iklan mengutuk India berkenaan isu ini.
2)
Memang dari dulu lagi aku dok dengar yang hanya 2 orang sahaja dalam
dunia ni yang tau pasal resepi ni. Dan betapa top secret nya resepi Coke
ni sehinggakan 2 orang ni tak boleh ke mana-mana bersama-sama. Takut
nanti kalau jadi apa-apa eksiden ke, diorang tak nak hilang dua-dua
orang serentak. Huhu.
3)
Paling tak boleh blah apabila kes penceraian pon terpaksa ditunda dek
kerana resepi Coca-Cola ni. Kes penceraian tu melibatkan pewaris
syarikat gergasi ini. Ketika beliau nak mengemukakan penceraian, isteri
beliau meminta buku nota asal yang ada kandungan resipi Coke ni sebagai
syarat tuntutan penceraian. Last-last kes tu pending sampai sekarang.
Huhu. Betapa bernilainya buku usang tu. Kemudian kecoh plak baru-baru ni
yang buku tu dah ditunjukkan kepada umum.
Kandungan buku tersebut lebih kurang camni la...
Resepi Coca-Cola:
Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color
Rahsia perisa 7X (guna 2 oz perisa untuk 5 gals sirap):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops
4)
Salinan original resepi tersebut sebenarnya disimpan di SunTrust Bank
di Atlanta. Bagi memastikan Bank ini benar-benar amanah (Yela, nilai
aset Coca-Cola ni mestilah lagi tinggi dari aset Bank tu sendiri), pihak
Coca-Cola telah melantik eksekutif di pihak SunTrust Bank untuk duduk
sebagai lembaga pengarah di Coca-Cola dan juga sebaliknya di pihak
lembaga pengarah SunTrust Bank. Selain tu, Coca-Cola juga memberi 48.3
juta share kepada SunTrust Bank bagi memastikan mereka menjaga resepi tu
seketat-ketat mungkin.
5)
Tapi sebenanrnya semua ni pointless gak. Sebab resepi sebenar Coca-Cola
ni terletak di lojinya di Amerika. Kerana loji ini adalah satu-satunya
loji yang dibenarkan oleh pihak kerajaan Amerika untuk mengekstrak
perasa coca yang berasal dari cocaine. Dan Coca-Cola adalah satu-satunya
syarikat di Amerika yang diberi kebenaran untuk mengimport cocaine bagi
tujuan itu. Jadi walaupun resepi Coke ni dah terbongkar, tapi diorang
yakin yang rasanya takkan sama sebab hanya di loji tu saja yang boleh
buat begitu. Kalau nak buat secara haram bolehlah, tapi nak jual
macamana? Sapa yang berani nak bagi kelulusan untuk import cocaine?
Silap-silap last-last tu import cocaine buat dadah je. Huhu.
ER, ni kan blog hiasan dalaman. Mananya hiasan dalaman? Apasal dok cerita pasal Coca-Cola lak? Isk isk.
Sabar-sabar.
Ni cuma intro je untuk tema pasal Coca-Cola ni. Ada, memang ada. Jangan
riso. Jom kita ke Mexico untuk tengok tempat di mana
eksekutif-eksekutif, marketers dan dealers hebat di Coca-Cola dibentuk.
Tempat di mana bakat diasuh untuk dibentuk bagi menjaga kesinambungan
kehebatan empayar minuman ringan terbesar dunia ni.Direka bentuk oleh Studio ROW, kawasan ni berkeluasan 120 meter persegi.
Jom kita layan gambar-gambar pusat latihan Coca-Cola ni :)
No comments:
Post a Comment