KENYATAAN
berani di atas itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin Pakatan Rakyat
Selangor yang penulis temui semalam. Asalnya penulis ingat ulasan itu
berbunyi kekecewaan tapi sebetulnya itu ulasan berunsurkan kelegaan!!
Rupanya dalam diam, kerajaan Selangor
sudah ada jalan penyelesaian baru untuk mengatasi masalah bekalan air
jika perjanjian dengan kerajaan Pahang sekarang dihentikan. Tidak cukup
dengan itu, kerajaan negeri juga khabarnya mampu menjimatkan
perbelanjaan sebanyak RM 60 juta dengan pembatalan tersebut.
Inilah yang cuba disampaikan Exco Kanan
Selangor Selangor , YB Xavier Jeyakumar semalam, yang turut dilaporkan
media sebagai ‘gembira dengan pembatalan perjanjian tersebut’.
Syabas kerajaan Selangor kerana cepat
mencari alternatif baru – tak sampai 2 hari selepas kata dua (sebut
mengugut) dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap
rakyat dan kerajaan negeri Selangor dikeluarkan.
Penulis bagaimanapun tidak dapat
memastikan sumber baru air dari mana yang diperolehi kerajaan Selangor
untuk mengatasi masalah bekalan ini jika perjanjian dengan Pahang itu
dibatalkan.
Rasanya tak perlu diingatkan bahawa soal
yang paling penting disini bukan penjimatan wang, tapi rakyat sentiasa
mendapat bekalan air terawat pada setiap masa.
Tidak seperti sekarang.
Yang paling hampir penulis rasa ialah
bekalan air dari Negeri Sembilan. Selain negeri tersebut berpotensi
untuk jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang,
Negeri Sembilan juga dijangka mempunyai lebihan air setelah Loji Rawatan
Air Sungai Ngoi-Ngoi siap dibina pada akhir tahun ini atau awal tahun
depan.
Maklumat lanjut disini.
Tapi ini hanya andaian penulis, setelah
melihat kedudukan semua negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat
sekarang yang tidak berpotensi untuk menjadi lokasi strategik bagi
menyalurkan air kepada Selangor. Selain Kedah, negeri-negeri seperti
Pulau Pinang dan Kelantan juga diketahui tidak mempunyai lebihan bekalan
air.
Penulis difahamkan, lebihan bekalan air
di negeri Kedah itupun telah disalurkan ke sebuah lagi negeri Pakatan
Rakyat, Pulau Pinang. Lagipun dari segi logistiknya, agak mustahil
untuk membina kemudahan menyalurkan air dari Kedah ke Selangor.
Berlainan dengan Negeri Sembilan yang
berkongsi sempadan dengan negeri Selangor di beberapa bahagian,
seterusnya memudahkan penyaluran bekalan dilakukan.
Apa pun penulis mengharapkan Menteri
Besar dan Dr. Xavier sendiri dapat tampil menjelaskan kepada rakyat
Selangor sumber alternatif bekalan air negeri tersebut jika perjanjian
dengan Pahang ini dihentikan.
1 comment:
Assalam admin!Perak pun berjiran ngan selangor gak,x kan mb zambri x leh bagi kot?
Post a Comment