Tuesday, June 26, 2012

Tarikh PRU13: Tiada tekaan yang tepat!



Penulis baru sahaja mendapat berita dari seorang rakan DAP bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) telah ditunda ke hujung tahun. Aduh! Pening. Mengapa sampai begitu jauh skali ke hujung tahun? "Khabarnya kerana BN perlukan lebih masa lagi untuk meraih kembali sokongan masyarakat India dan perayaan Deepavali adalah dalam bulan November. Bulan Disember pula penganut agama Kristian merayakan Hari Krismas.



Justeru itu, pada masa ini BN boleh menggunakan peluang keemasan ini untuk mendapat kembali sokongan masyarakat India dan orang Kristian. Ramai juga penganut ugama Kristian di Selangor dan KL dan begitu juga di Sabah dan Sarawak. Lagipun hujung tahun ada cuti sekolah, oleh itu dewan sekolah boleh digunakan sebagai pusat mengundi tanpa apa-apa masalah menyusun meja dan kerusi," kata rakan DAP itu kepada penulis. Inilah sebabnya mengapa penganalisis politik tanahair yang begitu mahir dan berpengalaman pun gagal meneka tarikh PRU13 dengan tepat - disebabkan tarikhnya selalu berubah-ubah dan asyik dianjakkan lagi ke depan. Mungkin juga Parlimen akan bubar dengan sendirinya pada tempoh mandat penuh 5 tahun (menurut Perlembagaan Persekutuan) yang kali ini akan jatuh pada 28hb April tahun depan sebab Perdana Menteri Najib Tun Razak masih belum sedia membubarkannya!
"PM Najib sendiri pun belum pasti akan tarikh PRU13 itu. Sebab itulah tiada siapa pun yang dapat menekanya dengan tepat," kata seorang rakan penulis yang juga seorang ahli usahawan kecil.
"Mungkin Perdana Menteri juga merujuk kepada tinjauan rakyat yang dibuat oleh pasukan jentera pilihanraya dan oleh itu beliau susah membuat keputusan. Tetapi hakikatnya tinjauan rakyat biasanya kurang tepat juga. Katalah seribu orang ditemuduga dan lapan ratus daripada mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat, tentu keputusannya akan menunjukkan bahawa Pakatan akan menang pilihanraya. Tetapi tinjauan rakyat itu melibatkan seribu orang sahaja dan bukannya 5 juta orang. Oleh itu PM Najib sepatutnya tidak perlu bergantung sangat kepada tinjauan rakyat," sambung rakan penulis lagi.
Akhir kata, langkah yang mudah yang boleh diambil oleh PM Najib untuk mengatasi kemusykilan ini ialah untuk membiarkan Parlimen bubar dengan sendirinya pada cukup tempoh 5 tahun. Rupa-rupanya tarikh PRU13 ini telah menjadi Tarian Anjak Tarikh.

No comments:

Search This Blog