Seorang Professor Fizik
di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita
mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam
aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran
tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas
dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan
aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula
untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat
berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam
mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan
orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya
mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak
menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah,
kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak
kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu
mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang
berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di
kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan
oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif
atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke
dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi,
setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan
sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi
cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah
sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak
stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita
memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan
Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab
itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih
kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut
berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung
kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang
banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan
akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu
Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti
yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak
begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat
adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di
fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.
Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan
sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut,
didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam
solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur
awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas
dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam
(qiamullail).
Dalam kajiannya,
professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan
istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah
yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan
betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya,
dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
No comments:
Post a Comment