Anwar mahu debat Najib & RPK sekali gus
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju
untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya".
Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter.
Raja Petra bagaimanapun mencelah dan akhirnya Assenge bersetuju dengan perdebatan tiga penjuru. Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan menerima cadangan terbaru itu.
No comments:
Post a Comment