Mursyidul
Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa bergegas terbang ke Alor Star
kelmarin untuk cuba meredakan pergolakan Pas Kedah setelah usaha
Presiden PAS, TGHA sebelum ini menemui jalan buntu.
Benarkah
nasihat presiden PAS sebelum ini telah ditolak mentah-mentah oleh Azizan
sendiri? Sekadar nak tanya.Tidak masuk akal pula kalau TGHA sebagai
presiden parti tidak cuba membetulkan keadaan yang semakin bergegar
pergolakannya kini.
Malah tidak masuk akal juga kalau nasihat dari Presiden sendiri mahu ditolaknya oleh MB Azizan.
Tetapi,
pemergian TGNA secara tergesa-gesa kesana menambahkan kenyakinan
mengenai spekulasi yang mengesahkan kegagalan TGHA untuk menenangkan
keadaan di Kedah sebelum ini menyebabkan Kedah semakin bergolak.
Keadaan
ini telah diambil kesempatan oleh Umno/BN, apabila PM Najib pun sudah
mengorak langkah berangkat ke Kedah untuk cuba menangguk di air keruh
yang sedang bergelodak disana. Manakan tahu dia akan dapat menangguk
katak yang mungkin akan melompat!
Namun saya merasakan berita
tentang kunjungan TGNA ke kedah telah disambut dingin dengan kenyataan
yang agak sinis oleh MB Azizan sebagaimana yang dilaporkan Bernama : Saya Ada Hak Lantik Exco Tanpa Rujuk Presiden PAS
Kenyataan
MB Azizan ini dapat kita fahami bahawa kunjungan TGNA ke Kedah kali ini
yang besar kemungkingkinannya membawa mesej Presiden PAS, TGHA yang
mungkin berasa segan nak berdepan dengan MB Azizan.
Kita doakan usaha Tuan Guru akan dapat menyelesaikan masalah di Kedah dengan baiknya.
Nampaknya
hanya beberapa Pemimpin PAS sahaja yang memberi masalah kepada Azizan
di Kedah, sedangkan Umno (Kedah) menyenangi Azizan kerana menguntungkan
Umno. Azizan
melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi
kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah
itu.
Isu pemberian penyelenggaraan jalan raya bernilai RM5 juta? kepada kontraktor pro Umno turut menjadi bantahan orang-orang PAS.
No comments:
Post a Comment