Monday, January 9, 2012

nasaruddin bakal dipecat?

selepas hassan ali di pecat nampaknya ada seorang lagi yang perlu dipecat. dalam sidang akhbar hassan ali yang diadakan selepas beliau dipecat, nasaruddin mat isa juga turut membuat kenyataan di sidang akhbar tersebut. sokongan terbuka kepada prrinsip hassan ali yang menyebabkan pemecatan beliau merupakan satu lagi tindakan dan kenyataan yang melawan arus parti. nampaknya kedua-dua mempelai ini memang merancang untuk dipecat. dan mereka mahu supaya pemecatan itu diatas dasar perjuangan mereka untuk menentang negara kebajikan dan sokongan terbuka pas pada anwar ibrahim.


seperti kenyataan berulang-ulang hassan ali bahawa beliau tetap akan memperjuangkan islam, bangsa melayu dan institusi raja.walau dimana pun platform yang bakal digunakan nanti.besar kemungkinan hassan ali dan nasaruddin mat isa memang telah merancang untuk menyertai umno sebelum PRU 13 nanti.
memang telah lama duo ini yang menjadi duri dalam daging kepada pas kerana terlibat untuk menjayakan negara perpaduan.
maka pas mesti bertindak segera memecat nasaruddin. kenyataan nasaruddin juga senada dengan hassan ali. malah melanggar arahan parti supaya tidak menggunakan media umno untuk membuat kenyataan. mungkinkah setelah gagal untuk menjayakan negara perpaduan maka inilah pelan kedua yang dirancang bersama dengan pihak berkepentingan menjelang PRU13. kita tunggu dan lihat apakah tindakan duo ini seterusnya yang turut mendapat sokongan raja kata dari pasir mas yang turut kelihatan dalam sidang media hassan ali.


2 comments:

Abdul Malik ArIff said...

Nasaruddin pun eloklah nyah juga. Kalau tak mahu dipecat sendiri keluar.
Kome berdua ni memalukan anak cucu aje. Kome berdua tak ada PAS tak akan goyah malah makin utuh kerana kayu reput dah tak ada.
Komo berdua merasa diri bijak dari yang lain tapi sebenarnya HAPRAK.
Kepada PAS eloklah dinyahkan juga si NASA ini. Orang Bachokpun dah meluat,
pasal tak pernah turun padang ambil tahu hal rakyat.

hussin said...

pemecatan hassan ali dari pas tidak merungkai bai'ah taklik yang merantai beliau. beliau menang dun gombak setia atas tiket pas. tiket itu memerlukan bai'ah taklik. dia perlu megistiharkan perletakan sebagai adun gombak setia untuk melepaskan diri dari rantai tersebut.

jawatan exconya terlucut serta merta dan secara otomatis kernana beliau bukan lagi mewakili pas. hanya undang2 dunia yang masih memberi nafas sesak kepadanya. bak kata mb selangor, kalau dia gentlemen, dia patut letak jawatan exco. gentlemen kah si hassan ali ni selepas dia memperlekeh kerjaan yang beliau adalah exconya? tak payahlah nak pujuk mangkuk ni. sekiranya dengan pemecatannya dari pas yang dengan sendirinya meletakkan dia bukan lagi mewakili pas, nyahkan sahaja beliau. mahu dokong lagi baiwak hidup ini?

wallahu'alam

Search This Blog