Alhamdulillah
program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di
Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin
seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran
ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos
buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku
'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3
Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.
Saya
telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab
tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain
cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual
cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen
penyampai pula di bawah.
Yang menarik ingin
diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan
Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang
ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu
dan sedar apa yang berlaku.
Tahun 1999, Najib
diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi
sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang
membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai.
Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi
Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai
orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka
beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai
Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan
ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.
Malah
ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah
mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok
mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula
dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi
asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.
3 comments:
INILAH KERJA KERJA PARTI PANDI KUTTY DEMI KUASA!
Chikgu Bard-teruskan pendedahan.Hanya beberapa langkah mereka akan tersungkur kerana ketamakan kuasa dan kecintaan dunia yang berlebihan.Rakyat Pahang masih ramai yang miskin dan tertinggal di dalam pelajaran.Syabas-bergerak penuh yakin dan tawakal Cikgu!
jJANGAN BANYAK SANGAT BUAT FITNAH....KAN CIKGU BARD NAK KENA SAMAN PASAL CINCIN 24 JUTA TU....INSAFLAH NERAKA MASIH KOSONG LAGI KE....
Post a Comment