Thursday, September 22, 2011

Harga minyak akan turun dalam tempuh 24 jam!

Datuk Sri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang berjanji akan menurunkan harga Minyak dalam tempuh 24 jam selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada PRU yang akan datang.Janji ini diikrarkan oleh Anwar dalam ceramah ringkas beliau semasa menghadiri majlis makan malam Aidil Fitri pada malam Isnin

Majlis bertujuan bagi mengutip dana piliharaya Cabang Pasir Salak, Perak yang diadakan di Restoran Choong Kong, Jalan Chui Chak, Pekan Langkap, Perak. Lebih 1,000 orang menghadiri majlis makan malam tersebut
Anwar berharap cabang mempertingkatkan jentera piliharaya dan berkerja keras bagi menghadapi PRU yang akan datang. Ujarnya lagi beliau yakin Parlimen mampu ditawan kali ini sekiranya jentera parti Keadilan dan Pas bekerja keras mengempur UMNO / BN di Pasir Salak.
Tewas tipis
Dalam PRU ke 12 yang lalu calon Keadilan tewas tipis dengan majoriti 2,600 undi walaupun Pasir Salak merupakan kubu kuat UMNO/BN satu masa dahulu.
Sebelum itu Penyelaras Keadilan Parlimen Pasir Salak , Abdul Razak Bin Ismail dalam ucapannya membidas sikap Kerajaan UMNO/BN dan Felcra yang dilihat tidak dapat menangani isu-isu setempat yang telah lama berpanjangan antaranya :-
1) Ketidakpuasan hati lebih 5,000 pesawah padi di kawasan ‘jelapang padi’ Felcra Seberang Perak. Felcra dilaporkan membeli hasil padi mereka dengan harga yang begitu rendah ( RM1,050 setan sedangkan harga pasaran ialah RM1,250 setan) Kekurangan harga sebanyak RM200 bagi setiap tan.
2) Mereka juga tidak berpuashati apabila Felcra gagal mengeluarkan geran tanah bagi tanah sawah mereka walaupun mereka telah menjelaskan kesemua hutang piutang mereka dengan pihak Felcra. Perkara ini telah berlarutan lebih 30 tahun yang lalu.
Alasan Felcra ialah kawasan tersebut menghasilkan gred padi yang bermutu rendah. Ahli Parlimen BN Pasir Salak sekarang, Dato' Tajuddin Abdul Rahman adalah Pengerusi Felcra . Kawasan tanaman padi ini merupakan kubu kuat UMNO selama ini.

5 comments:

Anonymous said...

sibok ja nak turun harga minyak..kenapa...selama ni malaysia ni yg kawal harga minyak dunia ka...bnyk sgt ka duit pembangkang nak bg subsidi...sdgkan masuk mahkamah pon kutip derma..kecuali la anuar brahim billionair..tp mau ka bg duit pd rakyat...selama ni isi tembolok sndr ja.....isu yg main hanya harga minyak fitnah..sdgkan pembangkang sndr asyikkkk fitnah org...samapi atas mimbar masjid dok fitnah org lagi..lahanat btoi.....harga minyak nak turun brp...1 sen....nak turunkan sgt harga minyak kenapa?..sennag nak g buat maksiat ka...bodoh la..nak jd pemimpin..isu tak releven..kalau nak jd pemimpin..tp nak naikkan syiar islam ka..nak cegah maksiat ka...nak banteras zina ka....bnyk juga faedah..setakat dok mainkan isu minyak ja dr dulu...dah lapok la....bangang punya pembangkang...

Anonymous said...

dikala melayu menjadi bangang said..
ni la contoh nya..... najib wat projek slama ni pn bkn nya gne duit najib.. duit rakyat jgk.. sm la ngn isu minyak... rakyat yg byr cukai.. citizen diserve to ge it

Anonymous said...

Sumber kat malaysia ni lebih dari cukup kalau nak turunkan harga minyak. Ni semua bergantung kepada kecekapan pemerintah. Kalau dah jenis kaki songlap, beli kapal selam claim komisyen ratus juta, beli sukhoi claim komisyen ratus juta, mmg tak cukup. tu belum campur lagi duit negara lesap sebab PKFZ, Perwaja, projek2 sakit, rahsuah...INGAT RAKYAT BODO KE DENGAN HUJAH2 BODO...???

Amuraria said...

BILA BERBILION BILION GHAIB DARI PKFZ,FELDA,KAPALTAKSELAM,SUKHOI,EUROKOPTER,JAMBAN BENGKOK (SAJA SILAP EJA)DAN TERLALU BANYAK LAGI KES SONGLAP DAN PENYELEWENGAN OLEH PEMIMPIN KORUP UMNO@APCO TAPI MASIH ADA YANG TAK NAMPAK ! HANYA LEMBU KOT YANG TAK NAMPAK ATAU BUTA ! BELAJARLAH BUKA MATA DAN MINDA MAAF YA KALU TERLEMBUT :D

najibsontotaltantuya said...

Anon 8:22,

tak pernah lagi aku jumpe orang yng sebodoh hang...
Ape ke bodohnye hang,orang lain semuenye nak harga minyak turun..tpi hang nak harga minyak trus naik..
Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak,jadik bila harga minyak dunia naik,malaysia yng untung...
jadik harga minyak kita sepatutnya lagi murah..
bahalol betul hang ni!!

Search This Blog

Loading...