Monday, September 12, 2011

Mesir dan Turki halau Yahudi...kita ambil Yahudi jadi penasihat.


" Mesir dan Turki halau Yahudi...kita ambil Yahudi jadi penasihat.
Tidak sampai dua minggu, Israel ditimpa kehinaan mendadak. Pertamanya, Dutanya di Turki dihalau dari bumi Kerajaan Uthmaniyyah akibat tidak mahu meminta maaf atas kejahatan membunuh NGO Turki diperairan Gaza tahun lepas.

Walaupun ditawarkan US 1 juta sbagi setiap keluarga yang terbunuh oleh Regim Zionis, Turki tetap memandang maruah mengatasi nilai wang.

Keduanya, yang menghina Regim Zionis ialah penyerbuan 2,000 orang rakyat Mesir keatas kedutaan Israel yang mengakibatkan Duta serta kakitangannya cabut lari meninggalkan bumi Anbiya' itu. Ini adalah kali kedua bangunan kedutaan di serbu oleh rakyat Mesir. Sebelumnya oleh seorang pemuda Mesir yang memanjat bangunan 16 tingkat itu dan menurunkan bebdera Israel dari tiangnya.

Ini semua atas kejahatan Regim Zionis itu yang membunuh 5 anggota polis Mesir di sempadan Gaza.

Itulah jatidiri dan maruah sesebuah negara. Turki halau Yahudi kerana enggan minta maaf manakala rakyat Mesir serbu kedutaan Israel kerana membunuh polis Mesir.

Malaysia...bukan sahaja anggap British sebagai "penaung" bahkan ambil APCO Zionis jadi penasihat !

Itulah beza kita dengan Turki dan Mesir.

Kepada polis PDRM, lihatlah kasih sayang rakyat Mesir kepada polis mereka. Walaupun polis Mesir pernah bunuh, penjara, pukul dan sumbat dalam penjara semasa polis berkhidmat kepada Hosni Mubarak, tetapi mereka sepakat membela polis mereka apabila Zionis membunuh anggota mereka."

1 comment:

Mael Hashim said...

Yang tak suka Israel tu rakyat Mesir dan rakyat malaysia. Yang suka Israel tu kerajaan Mesir dan kerajaan malaysia. Sama , kan ?

Search This Blog