Friday, September 16, 2011

Bekas Anggota Komando 69 Bidas Kenyataan Zainal Kling


Seorang bekas anggota Komando 69, membidas kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang mendakwa kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.
DSP (B) Mohd Noor Razak berkata kenyataan itu cukup mengelirukan rakyat negara ini yang sudah maklum tentang sejarah penjajahan Inggeris di negara ini.

Beliau berkata, kenyataan Zainal juga tidak tepat kerana proses penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada waktu itu berlaku dalam banyak bentuk.
Katanya, perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan telah lama berlaku dalam negara ini dan kenyataan Zainal seolah-olah memperlihatkan gerakan mendapatkan kemerdekaan oleh para pejuang negara tidak relevan.
"Sememangnya Tanah Melayu pernah dijajah. Jika kita tidak dijajah, apa perlunya kita dapatkan kemerdekaan? Apakah tujuan sebenarnya kenyataan mengelirukan itu dikeluarkan..." katanya dalam Program Kerusi Panas, terbitan Radio24 di Wisma Bernama.
Mohd Noor turut menggesa rakyat di negara ini supaya tidak menaruh perasaan prejudis terhadap masyarakat Cina hanya disebabkan segelintir daripada mereka pernah terlibat dalam gerakan yang hampir menghancurkan negara satu ketika dahulu.
Katanya, tanggapan bahawa Komunis adalah orang Cina dan orang Cina adalah Komunis merupakan satu persepsi yang sempit, salah dan tidak kena pada tempatnya.
Menurutnya, bukan semua masyarakat Cina terbabit dalam gerakan Komunis dan mereka sebenarnya telah memberikan banyak sumbangan dalam pasukan polis dan cawangan khas dari aspek perisikan semasa berlakunya pemberontakan Komunis di Tanah Melayu ketika itu.
"Malahan dalam pasukan polis dan cawangan khas umpamanya, banyak keanggotaan juga datang dari masyarakat Cina," tegas beliau.

4 comments:

Amuraria said...

APA PUNYA MUTAL MANGKUK ANAK KLING SAMPAI TAK TAU APA TAPI PROFES0R ! TITLE KLON KOT ? YANG MAT KILAU,DATUK BAHAMAN ,DATUK SAGOR, MATLELA,TOK JANGGUT TU SEMUA LAWAN SAPA ? LAWAN BUKAN PENJAJAH KA ? PROF MANGKUK NI BELAJAR DI MANA ? UNIVERSITI UMNGOK@7UMPORNO ATAU UNIVERSITI AUTA ? PUNYA NAK AMPU JANGAN LA SAMPAI MEMALUKAN PROFESOR PROFESOR LAIN !

Anonymous said...

tanah melayu mana pernah dijajah...
sapa yang pernah menjajahnya?
portugis?inggeris?jepun?belanda?
semuanya panas punggung!
inggeris slps jepun balik kampung..mana dia pergi?? nyorok kat kg dia laa...dah dua tiga miggu baru mai sini.tok nenek kita yang sibuk bergasak dgn komunis!!

nak tahu negara kota yang dijajah?
gua bagi contoh dikit...MAYA dan AZTEC..lokasi di amerika latin.
barat hantar sepanyol sekor jer..habis punah segala sejarah dan tamadun yang gah itu..

sebenarnya inggeris menaung kite jer...istilah yang paling halus lagi tartib MENAUNGI!

nakkan buktinya??..lu org pi laa cari dan bukak segala surat-surat RAJA-RAJA MELAYU yg diutuskan kpd ratu elizabeta...apaer istilah yang digunpakai oleh RAJA-RAJA kita??..

rajin-rajinlah merujuk sejarah bangsa,yang segala bahan buktinya tertebar keseluruh muka bumi..
subjek sejarah perlu dan wajib diROMBAK dan diRUJUK semula!!!

Anonymous said...

Sejarah ini adalah ibarat melihat satu objek di atas meja oleh beberapa orang yang berada di sekeliling meja - masing-masing akan melihat dari arah sudut masing-masing. Tiada kesepakatan akan dicapai... sebab sejarah dilihat dari perspektif yang berbeza - ada pihak ingin kebenaran, ada pihak ingin menutup kebenaran, ada sebahagian ingin keuntungan, selain ada pihak hanya suka mencacamerbakan lagi kisah. Betul bagi dia... bukan bermakna betul bagi aku... kebenaran hanya apabila dinilai dengan Al-Quran dan As-Sunnah itupun akan mampu menyebabkan 'khilaf'.

Jika sejarah dapat dibentuk dalam analisa sains emperikal yang tulen pasti dapatan emperikalnya tetap berbeza.

cucu mamak kutty said...

selepas 31 ogos 1957,kerajaan malaysia ni dikenali dgn nama kerajaan persekutuan tanah melayu,tapi sebelum tu kerajaan apa kah yg memerintah malaysia....negeri2 beraja diperintah oleh raja masing2 ke.,...tapi negeri2 yg takde raja...sape pulak perintah ni.....dulu tahun 1948 ayah aku kerja sebagai warder penjara dan thn 1950 pulak bapak aku bertukar kerja sebagai mata mata ,bapak aku kerja di rumah pasong@balai polis seremban,aku pun pening juga...bapak aku ni keje ngan sape ni....lepas tu bapak aku kerja di kem polis hutan di kulai johore pulak....alahai bapak aku nu keje ngan sape pulak ni....yg mata mata @polis zaman tu polis sultan sultan ke....polis british ni....masa tu sape perintah semenanjung tanah melayu....klu brtitish tak jajah ...sape pulak perintah....masa tu mana ada YG DI PERTUAN AGONG.....KAHKAHKAHKAH ....aku yg blur ke...atau jenal keling yg benggap ni.....rakyat2 warganegara malaysia ni memang jenis banggang ...sbb yg masuk universiti yg dapat ijazah tu belajar dgn profesor2 bangang...baik aku takle sampai masuk universiti...jadi aku pun takle bangang mcm anak anak murid profesor2 bangang......wakakakakakah

Search This Blog