Wednesday, August 17, 2011

PRU13. Pakatan Rakyat Tanpa Anwar Ibrahim?


"PRU13 bakal menjadi pemerhatian yang penuh dramatik.

- Seperti yang dijangka kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di pentas umum. Anwar dipersalahkan dengan kes liwat 2 oleh mahkamahyang tempang dan tidak adil serta tidak telus. Liwat 2 juga satu konsipirasi pehak yang berkuasa, terutama PM Najib dan Rosmah dan menjadikan mahkamah dan badan kepolisian sebagai kuda atau keldai BN/UMNO.

- Hari isnin (22. Ogos) Anwar Ibrahim diarahkan membela diri dalam kandang tertuduh. Selepas pehak peguam bela menemubual 15 saksi, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
(untuk rekod. Najib dan Rosmah hanya hadir melihat mahkamah dan berjumpa mata dengan hakim dan petugas mahkamah. Najib dan Rosmah membuat kenyataan, kedua-duanya tidak mahu menjadi saksi liwat 2).
- Pakatan Rakyat berdepan dengan situasi PRU 13 dengan senerai pemilih yang tidak adil dan cukup jijik oleh badan yang beraqt sebelah. SPR dan JPN menjadi kunci utama kecelaruan daftar pemilih.
- SPR da JPN ( Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Jabatan Pendaftran Negara) punca pengundi hantu dan mengundi dua kali. Dan yang paling jahat dan bahaya memberi taraf warga negara kepada pendatang asing.
- Tumpuan BN/UMNO ialah Selangor sehingga kini SPR dan JPN cukup aktif dalam proses penambahan pengundi di DUN dan Parlimen terpilih, matalamatnya agar BN/UMNO menang PRU 13.
- BN/UMNO telah berjaya merampas Terengganu PRU10 dengan taktik kotor dan jahat dengan kerjasama SPR dan JPN oleh Dato Seri Idris Jusoh. Sehingga penambahan pengundi sampai 80% yang tidak masuk akal.
- Jesteru itu pakatan rakyat berdepan dengan taktik jahat dan taktik kotor BN/UMNO dengan kerjasama SPR dan JPN dalam daftar pengundi dan daftar pengundi Poyang cukup meragukan.
- Jika pendaftran pengundi dan nama pengundi yang dipamirkan oleh SPR tidak dibersihkan, peluang pakatan rakyat untuk kekal memerintah Selangor, Kedah, Pulau Pinang agak sukar.
- Malah untuk menawan Terengganu oleh pakatan rakyat ada sedikit sukar kerana daftar pemilih tidak dibersihkan oleh SPR. Kerana terlalu banyak perkara yang meragukan nama pengundi dalam daftar pemilih semasa hari mengundi. SPR dan JPN punca segal segalanya.
- SPR dan JPN tidakkan membuat pembersihan secara total dalam daftar pemilih dan sijil kerakyatan yang dikeluarkan oleh JPN. Cukup tepat jika dipadamkan dengan JPN sebagai jabatan pengkhianat negara.
- Namum perjuangan perlu diteruskan walaupun Anwar Ibrahim (dipenjarakan) dan kejahatan taktik kotor BN/UMNO dengan SPR dan JPN. Rakyat dimimta membuat pemilihan yang bijak. Harapan kami agar pakatan rakyat kekal berkuasa di negeri yang sedia ada dan menumbang BN/UMNO PRU13.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau DSA dipenjarakn menandakan jalan pintas PR menang PRU.

Kalau big bro (DSA) berjaya membela diri jalan nak menang penuh berliku.

Tak apa penjara pun penjaralah. PRU tetap berjalan & pawti bn kalah.

Bila kalah keluarkan bb dari penjara. Abis citer.

jangan ingat bila kena penjara PR sukar. Sekali2 tidak.

Pertolongan allah dtg tak mesti dlm bentuk apa yg kita fikirkan. Dalam musibah ada rahmat & hikmah. Musibah bagi org tapi rahmat bagi kita. Kengkadang musibah bagi kita tapi rahmat bagi org lain. allah maha adil & ingat Allah TIDAK zalim. Manusialah yg menzalimi diri sendiri.

Hikmah dsbaliknya adalah ememudahkan PR menang PRU kali ini. Insyallah.

Kita jangan lemah semangat klau bb kena penjara. Dipenjara tak bererti khdupan berada di penghujung jalan.

Hah kalu btul dipenjara bukan ke ber+ meriah suasana di melisia ini?

BERSIH akan terus menyapu bersih jalan2 di seluruh melisia ini. Caya lah bila bb di penjara org akan keluar memnuhi jln2. najib kena habis fikir sebelum nak memenjarakan bb.

Penjarakan bb atau tidak dua2 ada natijahnya. Sebaik2nya Najib kembali kepangkal jalan. Dengar suara rakyat. Itu saja. Najib ada brani?

leekonu said...

Wednesday, August 17, 2011
GEMPAR MAUT!!! MUSA HASAN TAKUT DENGAN ANWAR!
Muahahahahaha...

Anwar memang gagal. Dia ingat, bila dia 'ARAHKAN' hakim bagi kebenaran kepada dia dan para peguamnya untuk menemuduga yang dikatakan oleh Suara Keldaian, 'disapinakan' beberapa orang saksi yang tiada kaitan dengan kes liwatnya, dia boleh terus tunda-tunda kes. Kemudian, peguamnya pula kata, pendakwaraya yang nak lengah-lengahkan perbicaraan sebab tak heret saksi-saksi yang diinginkan disarankan kepada pihak Anwar. Pendakwaraya pula dipertanggungjawab oleh para peguambela Anwar untuk mencari dan memastikan saksi-saksi tersebut menghadap mereka.

Musa Hasan adalah salah seorang daripada saksi yang dibenarkan mahkamah untuk ditemuduga. Dan sama seperti saksi-saksi dalam senarai TUNDA Anwar itu juga, Musa Hasan juga mempunyai kebebasan sama ada mahu ditemuramah atau pun mahu menjadi saksi. Kalau dia tidak mahu, Anwar dan barisan peguamnya memang tidak boleh berbuat apa-apa.

Hari ini, Musa Hasan berjumpa dengan peguambela Anwar. Salah seorang peguambela Anwar, Ram Karpal Singh berkata, Musa Hasan adalah SAKSI PENTING tetapi dia enggan menjadi saksi Anwar...

Korang nampak tak permainan harami nih?

Kalau dah saksi penting, mengapa tak minta mahkamah sapina Musa Hasan? Nak kelirukan rakyat Malaysia la tu, antara SAPINA dengan KEBENARAN MENEMUDUGA.

Patutnya Anwar minta mahkamah benarkan dia temuduga tukang kebun, tukang masak, tukang cuci, pemandu, amah, bidan, tok bomoh, tok dukun, tukang sapu sampah atau pun tiang lampu, tembok, dinding, kipas siling dan sebagainya. Kalau menurut kata-kata Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya, semua saksi-saksi yang tidak mahu jadi saksi itu adalah watak penting dalam Liwat II yang mereka katakan sebagai fitnah. Belum bicara lagi, sudah dikatakan fitnah sedangkan pihak pendakwaraya telah pun menunjukkan bukti yang sangat kukuh serta menampilkan saksi-saksi yang gagal disanggah oleh barisan peguam Anwar.

Konon-kononnya, hari Isnin nanti pembelaan akan diteruskan walaupun saksi tak mahu jadi saksi. Konon-kononnya Anwar akan masuk ke kandang orang salah dan kemudian bela diri.

Korang percaya?

Suatu ketika, bila Anwar ditempelak dan digelak-gelakkan kerana terlalu banyak tunda, Karpal Singh yang merupakan ketua peguambelanya berkata, tiada lagi tunda-tunda... alih-alih, pada tarikh berikutnya, tunda tetap tunda dan sudah lebih 70 kali penundaan dibuat.

Hari Isnin nanti pun, tunda jugalah... memang Anwar akan tunda... mesti ada helah lain untuk tunda...

Dan untuk menyedapkan hati, para pencacai Anwar pun berkata, Musa Hasan takut dengan Anwar...

Muahahahahaha!!!
Posted by House PK at Wednesday, August 17, 2011

Search This Blog