Friday, August 19, 2011

7 Perkara membuktikan kita takut kepada Allah SWT

http://yenokshi.persiangig.com/%D8%B1%D9%85%D8%B6%D8%A7%D9%862%D8%AC.jpg
Abu Al-Laits rhm pernah berkata “  Sifat takut kepada Allah SWT terbukti dengan 7 perkara :
1- Menjaga lidah daripada dusta, mengumpat dan berbicara yang sia-sia dan haram. Lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT , membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.
2- Menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja. ( Yakin tidak berlebihan ).
3- Menjaga penglihatan, dengan cara tidak melihat yang haram dan tidak lihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.
4- Menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah SWT semata-mata.
5- Menjaga kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai Allah SWT.
6-  Menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada perasaan hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi perasaan dengan kasih sayang kepada sesama muslim.
7- Menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah SWT dan selamat daripada riya’ dan nifaq.

No comments:

Search This Blog