Friday, April 22, 2011

kenapa saya penyokong PAS.

sebagai seorang ahli PAS, saya merasa bangga untuk menyatakan kepada umum bahawa saya ahli PAS. Bangga kerana dapat bersama-sama berjuang menegakan islam seperti mana yang dituntut oleh allah dan rasulnya, meletakkan al quran dan hadis paling tinggi dari segalanya. undang-undang kenalah ikut al quran, cara hidup mestilah ikut al quran, memerintah negara juga mesti ikut al quran malah perniagaan juga kena ikut al quran.


Bangga dengan peribadi pemimpin PAS samada dari pimpinan tertinggi hinggalah yang terendah.dari menteri besar, exco dan YB-YB nya.Tuan Guru Nik Aziz dah 20 tahun jadi MB, cuba bezakan dengan khir toyo yang hanya beberapa tahun jadi MB. cuba lihat taraf hidup exco-exco di kelantan dengan exco-exco di negeri yang diperintah oleh BN.sudah semestinya macam langit dengan bumi. sudah 20 tahun PAS perintah kelantan, ada tak terdengar berita pecah amanah atau rasuah yang melibatkan adun-adun atau exco-exco PAS. malahan semasa PAS hanya kelebihan satu kerusi berbanding BN memerintah kelantan, tak seorang pun adun PAS yang melompat parti.
yang dipertua atau ketua pemuda kawasan PAS di kelantan tetap hidup macam biasa walaupun dah 20 tahun PAS perintah kelantan.tapi cuba lihat ketua bahagian atau ketua pemuda BN terutama UMNO. mereka hidup didalam kemewahan.namun mungkin salah satu kriteria utama untuk jadi ketua didalam BN adalah dari mereka yang kaya raya. sebab itulah majoriti ketua-ketua mereka kaya-kaya belaka.
tetapi perkara yang paling ketara membezakan ketua-ketua didalam PAS dan UMNO adalah kesemua ketua-ketua didalam PAS adalah berlatar belakangkan ugama. majoriti mereka adalah dari golongan ustaz-ustaz atau tok guru.berbeza dengan ketua ketua didalam UMNO. mungkin ada tapi tidak banyak.MB PAS pun dari golongan ustaz dan tok guru.
berdasarkan perbezaan ini, cuba kita tanya diri kita, apakah tujuan hidup kita, kemana kita selepas mati. siapa yang akan kita hadapi selepas dibangkitkan dari kubur nanti. apa bekalan yang akan kita bawa bersama apabila kita dibangkitkan nanti. apakah harta kekayaan yang kita dapat hasil dari kuasa yang kita ada atau amalan dan kebaikan yang kita buat atau berikan kepada ramai dengan menggunakan kuasa yang kita ada.
malahan jika direnung dan dikaji dalam-dalam melalui pembelajaran, kita yang mengaku umat muhammad dan hanya bertuhan kan allah subhanahuwataala, mengapa mesti melawan ketetapan yang digariskan allah didalam al quran. kenapa hudud dikatakan tidak sesuai dengan masyarakat majmuk dan kuno.kenapa masih digunapakai undang-undang manusia dan perlembagaan yang dicipta manusia.apakah manusia lebih bijak dan mengetahui dari allah yang menciptanya.kenapa allah melarang arak dan judi tapi kita masih mahu meluluskan lesen dan membenarkannya.apakah didalam ugama lain, arak dan judi diizinkan. cuba kita tanya paderi atau sami buddha apakah mereka dibenarkan berjudi atau minum arak.
Jadi dengan penjelasan yang serba kekurangan ini satu persoalan timbul, mengapa masih ada orang yang mengaku islam masih menentang perjuangan yang dibawa oleh PAS.apakah mereka menentang PAS disebabkan kerana PAS cuba melaksanakan perintah dari allah dan rasulnya atau kerana apa yang diperjuangkan oleh PAS tidak betul. tapi cuba jelaskan apa yang tidak betul itu. saya percaya jika ada sesiapa yang boleh membuktikan ada perjuangan PAS yang bercanggah dengan al quran dan hadis maka TOK GURU NIK AZIZ pasti akan sanggup untuk membetulkanya.atau mungkin lebih baik sesiapa yang ada bukti-bukti tersebut boleh bermuzakarah dengan TOK GURU.

6 comments:

Amuraria said...

MENYOKONG SELAIN ISLAM ADALAH PENGIKUT MAJUSI,NASARANI ,IBLIS DAN SYAITAN !

Anonymous said...

Saya menyokong Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan waris-warisnya sahaja.

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

pokku(putrajaya) said...

memanglah boh sokong islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan waris2nya...ulamak itulah waris2nya bohhhh...dalam b-ending ada ulamak ko?alamakkkk adalah....janghe sempitkan minda anda saudara wahai tanpa nama....Allahuakhbar!

Anonymous said...

salam, saya cuma nak memperbetulkan dan mengingatkan saudara2 di sini ya..mmg betul kita mesti menyokong perjuangan islam tapi lihat mana ade perjuangan2 islam yang kalah. perjuangan islam tak perniah kalah tapi berbeza dengan perjuangan islam di malaysia.nampak sgat disini pasti ada kesilapan seperti ketidak ikhlasan dalam hati pemimpin2 pejuangan islam.pokok pangakal pada hati. amuraria pula tak layak nak cakap menyokong selain islam as he said..hanya allah sahaja yang berhak menentukan seseorag itu apa.anda tuhan?sedar lah wahai org melayu org islam perjuangan betul2 berlandaskan islam tak kan pernah kalah!!!

Anonymous said...

terlalu mengagung-agungkan tok ketua pun dah nampak sgt anda taksub.

Search This Blog