Friday, April 29, 2011

'Hadi mesti turun, ganti Husam, Nizar'

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menolak pencalonan jawatan presiden dalam pemilihan kepimpinan kali ini, dan perlu digantikan dengan tokoh muda seperti Datuk Husam Musa atau Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Pandangan ini dikemukakan oleh Wan Saiful Wan Jan, pemimpin sebuah pusat pemikir libertarian yang pernah aktif dalam gerakan pro-PAS semasa menuntut di United Kingdom.

Wan Saiful berpendapat PAS perlu dibawa ke tahap baharu untuk menghadapi masa depan dalam politik Malaysia dengan lebih berkesan.

Pandangan yang diterbitkan di beberapa media tempatan hari ini meningkatkan lagi tekanan ke atas Abdul Hadi menjelang pemilihan parti Jun nanti.

Kritikan Wan Saiful itu ialah yang kedua dikemukakan oleh pemerhati dari luar parti selepas pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak lama dulu.

Menurut Wan Saiful, walaupun mempunyai kelebihan sebagai tokoh gerakan Islam yang dikenali, Abdul Hadi dibebani persepsi tidak mapu menjadi pemimpin peringkat nasional.

"PAS memang meiliki individu-individu yang boleh membawa parti itu ke satu tahap baharu. Husam Musa dan Nizar Jamaluddin hanya dua nama yang biasa dicebut.

"Sudah pasti ada tokoh lain yang juga boleh melakukannya dan perlu dipertimbangkan," tulis Wan Saiful.

Husam sebelum ini menolak pencalonan jawatan presiden oleh PAS Kawasan Bukit Bintang sambil menegaskan sokongan kepada Abdul Hadi.

4 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya sudah lama. Negeri Trengganu pun mereka tak boleh pertahan, macam mana nak tadbir Putrajaya. Timbalannya, S/U nya pun samalah. Kalaulah sayangkan perjuangan PAS, janganlah tunggu2 lagi. lagi cepat lagi baik.

Anonymous said...

Ini antara tegoran dan pandangan yg baik selain dari Bukit Bintang.

Diharap para perwakilan dan kepimpinan PAS dapat bermuhasabah dan mencontohi kepimpinan Rasullullah SAW. dan para Sahabat RA.

Apabila ada teguran dan pandangan ikhlas dari ahli dan sahabat seagama, maka pihak yg terlibat wajiblah memikirnya dengan penuh ikhlas jua demi kebaikan jemaah dan agama.

Anonymous said...

Aku syg Allah, aku mencintai allah, aku menyeyangi nabi junjungan, aku syg PAS, aku syangi para ulama, juga saudara2 ku muslim muslimat..

Kerana umat islam kat Malaysia ini hanya ada satu2nya parti yg sngt2 diharap dpt memperjuangkan islam.

Tapi aku sedih apa yg berlaku dlm PAS. Tapi aku yakin Allah sentiasa bersama2 kita.

Anon perihatin...

Anonymous said...

Anon 4.02pm,
Apa yang hang sedih? Tak ada apa ribut yang berlaku dalam PAS.Pertukaran pemimpin adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik atau mana-mana Harakah Islamiah.Pemimpin adalah product yang dicipta,dipasarkan dan dimanafaatkan oleh penyokongnya.Product ini ada "putaran hidupnya" dan bila sampai masanya ianya perlu digantikan dengan product yang lebih baik - sesuai dan setiumpal dengan keperluan pengguna dan zaman.Orang tak gunakan peti nyanyi yang perlu dipusingkan springnya untuk piring hitam tu berputar -ini zaman CD dan thumb-drive.Ada faham !

Search This Blog