Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menolak cadangan meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 membuktikan parti itu menentang tindakan untuk mengembalikan hak raja-raja Melayu. Justeru beliau berkata, Umno yang sebelum ini sering menjadi juara mengenai isu ketuanan Melayu perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tindakan mereka menolak usul berkenaan.
"Kita lihat Umno yang ghairah berbica tentang ketuanan Melayu dan hak raja menentang usul itu.
"Soal Umno tak setuju mereka kena jelaskan kepada rakyat kenapa mereka tolak," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Beliau mengulas mengenai kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar kerana cuba memperbetulkan dan mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu yang dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.
"Usul itu bukan usul baru Pakatan Rakyat, jadi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita mengambil inisiatif yang jelas ke arah tersebut.
"Kita cuba memperbetulkan tindakan keterlalaun oleh pimpinan Umno pada 1993. Kita tidak berlebih dari itu, hanya untuk kembalikan kepada tahap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun 1993," katanya.
Jelasnya Pakatan Rakyat tetap mendokong prinsip mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan.
"Pendirian kita, prinsip Raja Berperlembagaan perlu dipertahankan dan kalau kita pilih untuk pertahankan, maka kedudukan raja-raja itu mesti dimulia dan dimartabatkan.
"Kuasa raja-raja dan kuasa rakyat serta pimpinan yang mendapat mandat harus juga dihormati. Inilah yang dipertahankan dalam perimbangan kuasa... kuasa kepada rakyat, kuasa kepada negeri dan kuasa kepada Menteri Besar," katanya.

No comments:
Post a Comment