Tuesday, January 25, 2011

terserlah kebodohan menteri umno

Pembangkang dicabar turunkan harga barang

25/01/2011 11:58am

LABIS 25 Jan — Pembangkang yang memainkan isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi agar harga barang di empat negeri itu turun,” katanya kepada pemberita selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil itu pada 30 Jan ini, melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.
Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. — Bernama


Inilah kenyataan bangang seorang menteri umno. macam mana kerajaan negeri nak turunkan harga minyak dan barang-barang jika kuasa untuk melakukannya ada pada kerajaan pusat yang dikuasai oleh BN. kalaupun kerajaan pakatan rakyat boleh untuk menurunkan harga minyak dan barang-barang ini cuba bayangkan apa akan berlaku. jika minyak murah di negeri pakatan rakyat, sudah pasti orang-orang dari negeri yang berjiran dengan negeri-negeri pakatan rakyat akan berduyun-duyun kesana untuk membeli minyak. dan tidak mustahil akan wujud peniaga yang akan mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan dengan menjual minyak murah dari negeri pakatan rakyat ke negeri BN.

macam inikankah cara seorang menteri merangkap ketua penerangan umno berfikir.selayaknya orang ini hanya dijadikan pengerusi JKKK dinegeri BN.

No comments:

Search This Blog