Saturday, January 15, 2011

ada MB umno iktiraf PAS

Tahniah. Baru kini Datuk Ahmad Said mengiktiraf PAS. Setelah dilantik menjadi Pengerusi baru Perhubungan UMNO Terengganu akhirnya beliau mengaku kelebihan PAS berbanding UMNO. Betapa pekung UMNO cukup membarah. Perang PRU dah nak bermula… nampaknya pimpinan UMNO masih dok berbalah. Masih dok cah keting…
Kita ingatkan pimpinan UMNO, jangan sibuk kat padang bola le… kita dah nak lawan bola, dia duk sibuk bertumbuk tepi padang sama sepasukan. Menyusahkan referee aje dok tiup wisel… bukan kerana off-side, tapi bertumbuk kat padang..
Kita syorkan pimpinan UMNO ni pi main boxing atau tinju lagi baik… meluat betul. Cah keting..10X. Takdak ayat lain ke???? Nak berbalah hal dalam rumahtangga UMNO, cakaplah dalam kelambu. Baru ni dah konvensyen. Kata dan settle. Semua dah bersatu. Datuk Mat Said dah dilantik jadi pengerusi perhubungan UMNO Terengganu, kata semua Ketua Bahagian dan pemimpin UMNO berdiri teguh dan bersatu… Hari ini keluar berita cah keting lagi????
Munasabahlah ketika penulis bercakap dengan orang kuat Datuk Idris Jusoh. Beliau mengatakan: kalau berjumpa dengan Mat Said… jangan ke nak layan. Tonyoh pala dinding lagi baik. Jenis orang asli. Bodo do’oh lalu. Penulis hanya ketawa sahaja… dalam hati bertanya juga? Ye ke Abg Eid ni?...

CHUKAI – Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan pemimpin UMNO agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.
Beliau berkata, jika masih terdapat pemimpin UMNO yang bersikap sedemikian ia akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.
“Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.

“Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini, semalam.
“Sekarang kita memiliki jentera yang kuat, bagaimanapun ia tidak akan memberi makna sekiranya terdapat pejuang UMNO sendiri yang sanggup ‘cah keting’, bersikap api dalam sekam atau duri dalam daging.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, Pas bukanlah sebuah parti yang boleh menjadi tempat kepada orang Melayu untuk dijadikan tempat bergantung, justeru rakyat diingatkan agar tidak terpedaya dengan tipu daya parti pembangkang tersebut.
“Meskipun ketika ini Pas sedang ghairah menaikkan poster ‘Pas Ganti UMNO’ di beberapa kawasan tetapi bagi kita UMNO tetap di hati,” katanya. Katanya, kubu kuat Pas di negeri ini hanya di dua kawasan iaitu di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan Rhu Rendang, Marang. Justeru beliau berkeyakinan kawasan lain yang dipegang Pas termasuk di Bukit Payong, Marang boleh dimenangi semula UMNO pada PRU13 akan datang jika semua pejuang dan pemimpin UMNO bersatu hati.

Dalam kempen PGU (PAS Ganti UMNO) ni… kenyataan Mat Said itu bonus buat PAS. Terimakasih Abang Eid. Sepatutnya Datuk Ahmad Said cadangkan bubar sahaja UMNO Terengganu dan cadangkan seluruh rakyat menjadi ahli PAS. Main apa contohi PAS ni. Tak mainlah tiru-tiru ni. Sememang pun UMNO dah lama tiru PAS. Mula-mula apabila kerajaan PAS buat, merekalah duk kutuk seperti cuti dua hari seminggu, cuti wanita bersalin, pemisahan kaunter lelaki perempuan… tetapi sekarang UMNO pula buat.
Mungkin Datuk Ahmad Said sudah semakin berusia. Beliau mungkin diberi oleh Allah Swt pengamatan yang dapat membezakan antara baik dan buruk. Yang Haq dan Batil. Kini mungkin beliau sudah Nampak bahawa Pas lebih baik daripada UMNO. Dan memangnya PAS kena Ganti UMNO.
Nampaknya mood rakyat khususnya dikalangan anak muda sudah bangkit. PGU sudah jadi kalimah keramat yang kini ditakuti oleh UMNO. Kain rentang yang mencatatkan PGU (Pas Ganti UMNO) telah dipecat. Bendera yang dipasang untuk menanti ketibaan himpunan kebangkitan rakyat dicabut. Kenapa??? UMNO nampaknya takut? Sama takut Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Kalau pemimpin tertinggi pun penakut begitulah ekor-ekornya.
Semasa Pas memerintah Terengganu dan mereka berarak, menampal poster, menggantung bendera dan pelbagai dilakukan, Pas sebagai kerajaan ketika itu tidak melarangnya. Tetapi kini, kenapa berlaku sebaliknya??? Kerana UMNO sedar mereka akan ghuyub dalam PRU akan datang.
Kepada pemuda. Kepada Rakyat. Ayuh!!! Sekaranglah masa untuk berubah. Jangan terlambat nanti merempak. Suarakan kehendak rakyat. Suara rakyat suara keramat. Tegakkan Islam. Terengganukan selamat. Ayuh semarakkan PGU!!!

No comments:

Search This Blog

Loading...