Monday, October 18, 2010

Bonus : Najib diberi tiga pilihan


Oleh Afrar Yunus
Ramai penjawat awam tidak dapat menerima penjelasan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkaitan pemberian bonus.
Kata mereka, sepatutnya apabila ekonomi sudah diwar-warkan pulih, keadaannya semakin baik berbanding ekonomi di zaman Mahathir Mohamed dan Abdullah Badawi.Sedangkan pada ketika Perdana Menteri keempat dan kelima itu, kerajaan boleh memberikan bonus sebulan gaji.




Kakitangan Persekutuan dari Pulau Pinang yang menyokong UMNO memberitahu Najib Razak mempunyai tiga pilihan dalam menyelesaikan kemelut ini;
  • Memberikan bonus sebulan gaji, atau
  • Memberikan saguhati RM2,000.00 kepada setiap kakitangan tanpa mengira gred, atau
  • UMNO yang sudah dibenci itu akan hilang kerajaan dalam pilihanraya ketigabelas ini.
Sementara itu Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS memberitahu "Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum"
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.
Bajet Permata Rosmah 2011 dikatakan bersesuaian dengan kehendak isteri Perdana Menteri yang suka berbelanja boros ketika membeli-belah.
Sepasang kasut Rosmah Mansor dianggarkan bernilai lebih empat kali ganda dari RM500.00 yang diberikan kepada setiap penjawat awam.
"Belum lagi harga pewangi, baju dan seluar dalam isteri-isteri menteri kabinet Malaysia yang dahulunya dibeli di luar negara" kata seorang kakitangan di Jabatan Pembangunan Persekutuan.

No comments:

Search This Blog

Loading...