Friday, August 6, 2010

Usir UMNO-BN dari Putrajaya

Oleh: ruhan

"Najib dan Ahmad Maslan melenting apabila Suara Keadilan menjadikan "FELDA Bankrap" sebagai tajuk utamanya. Ekoran peristiwa itu, akhbar tersebut tidak diberi keizinan untuk terbit hingga kini. Namun demikian, Ahmad Maslan tidak berani berdebat dengan ANAK. Nak berdialog pun sampai sekarang tidak jadi-jadi.

Mereka hanya berani memanggil dan mengupah peneroka membuat penafian serta memanggil seorang dua anak peneroka yang berjaya untuk mengutuk para pengkritik yang didakwa mencemarkan nama baik FELDA.

Ketika isu FELDA tidak menunjukkan jalan penyelesaian, isu FELCRA pula menyesakkan dada UMNO. FELCRA didakwa menyelewengkan wang peneroka dengan pelbagai projek dan aktiviti yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada golongan sasar. Wang FELCRA hangus dan sebahagian besarnya masuk ke kantung para pemimpin UMNO.

Pihak yang menuduh nampaknya yakin kepada bukti-bukti yang berjaya dikumpul. Mereka mencetak, membuat pelancaran, dan menyebarkannya ke seluruh pelosok negara. Ketiadaan tindak balas daripada pihak yang dituduh menambahkan lagi keyakinan penerima tentang kebenaran maklumat yang disampaikan.

Semakin hari kes FELDA dan FELCRA semakin menghimpit UMNO ke dinding. Mereka tidak berdaya menepis kenyataan yang dianggap fitnah itu. Hal ini menjadikan mereka tenggelam punca dan berkeluh-kesah macam cacing kepanasan.

Hasil penyelidikan terbaru mengesahkan lagi wang FELDA disonglap semahu-mahunya oleh pemerintah yang menggelarkan diri mereka pejuang negara, bangsa, dan agama itu. FELDA membelanjakan RM2.4 bilion untuk menanam semula ladang seluas 767,981 hektar. Belanja untuk satu hektar mencapai RM3,151.00. Tanda tanya timbul apabila Sime Darby hanya membelanjakan sebanyak RM936.00 untuk sehektar dan IOI membelanjakan sebanyak RM596.00 untuk keluasan yang sama.

Rakyat berhak untuk mengetahui sebab-sebab perkara itu berlaku. Mereka pasti perbuatan khianat itu tidak dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Rakyat akan menyimpulkan bahawa UMNO-BN ialah kaki songlap duit. UMNO-BN menggunakan FELDA dan FELCRA untuk kepentingan diri mereka. Malang sungguh nasib peneroka dan anggota keluarga mereka.

Pengkhianatan ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan. Hendak mengharapkan SPRM bertindak, badan ini tiada mata, kaki, dan tangan untuk menyiasat penyelewengan UMNO-BN kerana semuanya telah dihalakan kepada Pakatan Rakyat.

Adakah Pakatan Rakyat yang hentam duit FELDA dan FELCRA? Mereka tidak boleh sentuh pun badan-badan itu. Apa lagi masuk untuk memantau perjalanan urus tadbirnya. Jangan buang taik kepada Pakatan Rakyat dalam hal-hal ini.

Rakyat tiada pilihan selain daripada mengusir UMNO-BN dari singgahsana kuasa. Lebih lama mereka berkuasa, lebih dahsyatlah kemusnahan yang mereka buat. Sebelum nasi menjadi bubur, hukumlah mereka. Keluarkan mereka dari Putrajaya. Gantikan dengan kumpulan yang mampu merakyatkan kekayaan negara ini, yang mampu memberi keadilan kepada semua kaum, yang tidak mengamalkan perkauman sempit, yang tidak memikirkan kepentingan diri, yang hanya berhasrat untuk berkhidmat bagi membentuk Malaysia Baru yang makmur dan sejahtera.

1 comment:

Anonymous said...

usirkan BN dari putrajaya..

dah usir nak ganti ngan apa??

pakatan rakyat??..gabungan PAS-DAP-PKR???

Search This Blog