oleh Jil Fityan
Biasa dengar,Masa minyak naik :
"Jangan manjakan rakyat dengan subsidi. Sudah tiba masanya rakyat hidup tanpa tongkat dan mentaliti mengenai subsidi, sepatutnya dihapuskan sama sekali"
"Walaupun harga minyak naik, tapi harga minyak kita jauh lebih murah berbanding dengan Singapura,
Sekarang pula ketika FDI jatuh :
" Walaupun FDI negara kita jatuh merudum, tapi ia jauh lebih baik jika dibandingkan dgn negara Cambodia, Myanmar, Brunei, Laos atau Timor Leste.Rakyat malaysia seharusnya bersyukur dan faham menikmati FDI yg besar ini"
Hah~!!
Thailand yang huru hara dan melalui rampasan kuasa tentera nampaknya berjaya menarik pelaburan asing JAUH LEBIH TINGGI dari Malaysia. Kerajaan Thailand yang terpaksa mengisytiharkan undang-undang darurat kerana keadaan tidak terkawal pun masih dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi Thailand mencecah 7% pada tahun 2010 (anggaran IMF), yang mana dalam tahun yang sama berlaku demonstrasi besar-besaran yang menyebabkan Lapangan Terbang Thailand terpaksa ditutup dan kota bangkok lumpuh.
UMNO menuduh kononnya pembangkang suka buat huru hara, rupanya yang sebenarnya huru hara (Thailand)berjaya mengaut pelaburan asing yang lebih tinggi dari Malaysia.
Habis kerana apa kita Malaysia tidak dipilih pelabur asing untuk melabur di sini? Apa benar mereka tiada duit untuk melabur seperti kata Tun Mahathir? Apa benar mereka kasihankan penganggur-penganggur di negara mereka justeru mereka lebih suka melabur di negara sendiri? Habis bukti peningkatan FDI di Thailand apa cerita?
Apakah kerana amalan rasuah dan kronisme,sistem kehakiman yang diragui,isu perkauman dan keagamaan yang dimainkan menjadi punca utama pelabur asing tidak berminat ke sini?
Jujurlah UMNO. Beritahu hal yang sebenarnya.Sampai bila mahu perdayakan rakyat.
1 comment:
Bila ditipu, dianiaya, minyak naik, gula naik, maka memaki makilah rakyat seketika kepada kerajaan.Tapi bila datang lagi pilihanraya,disogok seratus ringgit,
PANGKAH SEKALI LAGI~!
Sudah jadi budaya. Bila agaknya nak serik~
Post a Comment