malaysia kalah lagi dalam piala thomas. orang akan kata adat permainan ada menang ada kalah . tapi kekalahan yang macam mana. biar kalah tapi kalah dengan cara bermaruah. hilang suara penyokong yang membanjiri stadium untuk memberi sokongan moral buat pemain-pemain. tapi bak kata orang tua-tua........menghabiskan beras saja. bayar jurulatih luar dengan gaji yang mahal, tapi mana hasilnya. apa hasil yang kita dapat dari jurulatih luar ini. mana pemain-pemain bertaraf dunia yang boleh dibanggakan. kalau hanya bergantung harap kepada satu dua pemain yang sama tanpa ada pelapisnya, tak perlulah bayar sejumlah wang yang besar kepada jurulatih luar. dan apa yang kementerian dan persatuan lakukan. banyak wang rakyat yang digunakan tapi mana hasilnya. setiap kali kita gagal, alasannya sama saja. kita akan lakukan postmortem....pemain tertekan....dan bermacam-macam alasan lagi.
itu sukan, dalam politik sama juga. sikap panas-panas tahi ayam itu adalah lumrah di malaysia. bila ada satu isu panas, maka isu itu akan di mainkan selama dua tiga minggu atau sebulan dua. lepas tu dilupakan. nak dilupakan tak apa kalau isu itu ada kesudahannya. tapi yang malangnya, tak berkesudahan. memang benarlah kata mantan PM paling lama negara kita....melayu mudah lupa. tapi oleh kerana sekarang zaman najib, maka melayu itu dah bertukar jadi 1 malaysia yang mudah lupa.
sekali lagi siapa yang patut disalahkan. apakah orang-orang kerajaan seperti POLIS DIRAJA UMNO, SPRM DIRAJA BN atau bapak-bapak MENTERI yang bersalah kerana hendak mengekalkan kuasa. atau patutkah kita menyalahkan ahli-ahli politik PR . kita hairan kenapa isu seperti penyelewengan PKFZ, skandal pita LINGAM, stadium runtuh dan banyak lagi skandal yang tiada penghujungnya. tiadakah pemantau atau pihak dari PR boleh ditugaskan untuk memantau satu-satu isu atau skandal itu hingga ia berakhir. tidak bolehkah jika PR menubuh atau mewujudkan kumpulan yang khusus untuk tujuan itu. kumpulan yang mencari masalah dan bagaimana menyelesaikannya. lebih mudah kalau diwujudkan kabinet kecil PR. maka tidaklah isu atau skandal itu dilupakan. dan tidaklah juga rakyat melupakannya.
janganlah dibiarkan rakyat melupakan apa yang berlaku. dan jangan dibiarkan skandal yang berlaku tanpa ada yang di pertanggungjawapkan dan dibawa kemuka keadilan.rakyat memilih wakil ke Parlimen atau DUN dan membayar mereka bukan untuk semata-mata bergelar YB, tapi untuk menjadi pembela yang berjasa kepada mereka....... menjaga kepentingan mereka.
1 comment:
Hampeh memang hampeh.. Hmm mentality pemain kita lemah.. Some one should work on it.. Right?
Hmmm badminton kalah, bola pun kalah, hoki pun kalah.. Naseb ah ada Nicol Ann David! Tp smpai bila dia dpt berthn? Malaysia oh Malaysia....
http://wearehomosapiens.blogspot.com/
Post a Comment