Wednesday, March 3, 2010

Pak Lah anggap BN belum kuat walau beberapa MP PKR keluar parti

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa BN kini telah menjadi kuat berikutan beberapa ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan keluar parti.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di Putrajaya hari ini.

Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada Pilihanraya Umum 2008.

Ketika BN menang besar pada 2004 Tun Abdullah disanjung melangit, namun dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah BN pada 2008 ramai pemimpin ada ahli Umno mahu beliau berundur secara terhormat.

Tun Abdullah jelas masih melihat kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang dalam Pilihanraya akan datang belum tentu akan bertanding lagi.

Kedudukan Pakatan dan BN dalam pilihanraya akan datang adalah dari undi rakyat dan kedua-dua pihak masih dilihat mempunyai pengaruh yang seimbang.

1 comment:

Manjung Mari said...

Betol ke teman dengor brader Anwar Brahim dah nak keluor PKR sbb kecewa dan fedup dgn perangai Wakil2 Rakyat PKR yg suka sgt main tikam belakang? Anwar masuk *PSB sbb dia nak buat 'Rebranding Exercise' nak tonjolkan imej baru dia sbg seorang pemimpin yg 'Bersih,Warak & Berdisiplin'. Katanyer Anwar pilih PSB kerana PSB merupakan sebuah organisasi yg mempunyai ciri2 'Mantap,Kukoh & Di Geruni oleh Masyarakat'.Teman dengor pihak pengurusan tertinggi PSB pun dah bersiap sedia utk menerima kehadiran Anwar kat situ.Org belah Cheh tak dengor apa2 ke??

*PSB- Penjara Sg.Buloh: (Mantap,Kukoh & DiGeruni Masyarakat)

Search This Blog