Hakikatnya, Umno umpama pesakit kanser tahap 4 yang hanya menunggu masa untuk ditalkinkan. Umno cukup lemah dan tidak bermaya. Buktinya sebelum ini Umno tidak berani bertindak untuk mengantung keahlian Datuk Seri Muhamad Ali Rustam dan Khairy Jamaludin walaupun mereka berdua terbukti bersalah melakukan rasuah. Kenapa Umno tidak mampu berhadapan dengan protes dari ahli dan penyokong mereka sendiri jika mengambil tindakan tegas kepada perasuah yang boleh menggugat peluang dan sokongan mereka dalam pilihanraya
Dalam perkembangan terbaru, Umno tidak berani bertindak kepada Tengku Razaleigh walaupun beliau secara terbuka memperjuangkan hak rakyat di pentas kerajaan Pas Kelantan. Walaupun wujud desakan dan cakap-cakap belakang, kepimpinan Umno dan Lembaga Disiplinnya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Walaupun Ku Li dianggap 'menderhaka' kepada Umno, Umno ternyata tidak berani mengambil tindakan kepada beliau.
Mengapa dan kenapa mudah difahami, Umno bukan hanya tidak yakin untuk merampas kembali Kelantan daripada kepimpinan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi apa yang lebih dibimbangi ialah, pengaruh Ku Li bukan sahaja kepada ahli Umno dan rakyat Kelantan tetapi penyokong Ku Li di seluruh Malaysia. Kegagalan Ku Li mendapat pencalonan yang cukup daripada bahagian dalam pencalonan jawatan presiden Umno sebelum ini bukan menjadi petunjuk pengaruh dan sokongan Ku Li sudah merosot. Ku Li masih relevan dan masih mempunyai sokongan Umno di peringkat akar umbi. Inilah yang cukup digeruni oleh Umno.
Jika mereka memecat, menggantung keahlian atau mengambil apa-apa tindakan disiplin kepada Ku Li bermakna musibah besar sedang menunggu Umno. Dalam situasi ini adakah Umno berani mendakwa mereka lebih kuat berbanding PAS, PKR atau DAP? Jika mereka kuat ambillah tindakan kepada Ku Li dan kita lihat apa yang bakal berlaku kepada Umno
1 comment:
ello bro,logiklah ckit kasi pendapat.nampak mcm jealous je dgn UMNO the great.aku cabar hang dan parti haprak hang iaitu PAS dan PKR.Ujudkan hukum hudud di Malaysia kalau betul2 anda dan macai2 anda ade telor dalam seluar tu.aku cabar PAS yg hampas agar ujudkan hukum hudud di malaysia.jgn dok jilat punggung DAP je.Jgn dok jadi bodoh bangang tahap 5.anda ade telor??? buktikan.
Post a Comment