13,644 pengundi sah Bagan Pinang mula membuang undi pagi ini dengan lebih 95 peratus pengundi pos yang berjumlah 4,604 pengundi berdaftar telah selesai mengundi hingga semalam. Mereka akan menentukan samaada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar atau calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad pilihan majoriti rakyat pantai peranginan Port Dickson ini. Mereka terdiri dari 19.9 peratus pengundi India, kira-kira 10 peratus Cina dan selebihnya, 70 peratus adalah pengundi Melayu. Di kalangan Melayu itu, kira-kira 4,600 atau 32 peratus adalah pengundi pos. Sehingga kini, kebanyakan pemerhati politik memberikan peluang kedua-dua pihak sehingga semalam adalah 50 : 50. Namun begitu, analisa di kalangan yang hampir dengan Umno memberikan kemenangan kepada calon mereka antara 600 hingga 1000 undi majoriti. Ini berdasarkan andaian Isa akan mendapat 75 peratus undi Melayu, 70 peratus undi pos, India 45 peratus dan Cina 30 peratus. Namun begitu, kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah Universiti Malaya berdasarkan 2,000 respondan secara rawak mendapati sokongan untuk PAS 56 peratus dan 46 peratus untuk BN. Kajian yang dibuat oleh Ilham Centre pula menunjukkan Isa menjadi pilihan majoriti pengundi. Ini berdasarkan 48 peratus mereka mengenali Isa manakala Zulkefly hanya dikenali 11.7 peratus pengundi sahaja. Keutamaan cara pengundian juga adalah calon yang dikenali dan berwibawa. Dalam pada itu, tidak kurang juga yang memberikan pendapat melampau namun tidak kurang juga asasnya. Mereka berkata Umno akan berjaa meningkat undi majoriti mereka sehngga ke 3,000 undi berbanding 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Namun sikap melampau yang ditunjukkan oleh sesetengah juru kempen dan petugas Umno sehingga memukul petugas Pakatan Rakyat dan merobohkan khemah mereka sangat-sangat meragukan. "Jika Umno yakin akan menang buat apa tindakan agresif sebegini? Ini tindakan orang yang tertekan dan takut dengan kekalahan," kata seorang rakan wartawan dari sebuah akhbar harian. Tindakan ganas bermula Rabu lalu. Sekumpulan petugas Umno datang ke sebuah khemah Darul Syifa' yang ditubuhkan oleh PAS untuk memberikan perkhidmatan percuma di Taman Sirusa. Kumpulan pertama ini memberikan amaran agar khemah itu dirobohkan dalam masa 24 jam. Selang beberapa jam datang lagi kumpulan kedua yang mengarahkan agar khemah itu dirobohkan segera bukannya dalam masa 24 jam. Akibatnya dengan kasar khemah itu dirobohkan mereka. Petang semalam, sehari sebelum mengundi, berlaku juga pertengkaran dan pergaduhan di sini. Kunjungan ke Taman Si Rusa Jumaat selepas itu dapat merasai betapa tegangnya keadaan antara petugas PAS dan Umno di situ. Ini kerana, markas mereka yang berdekatan antara satu sama lain. Khemah-khemah PAS pula didirikan di tepi-tepi jalan kerana tidak ada penyokong PAS yang sedia memberikan rumah mereka kerana takut di ganggu dan diugut oleh petugas BN yang sudah lama bertapak di situ. |
Sunday, October 11, 2009
50:50 di Bagan Pinang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment